Isnin, Mac 11, 2024

Antara Janda Baik dan ISTAC - Dua tempat kesukaan

Ada satu cerita perlu dilepaskan sebelum masuk tarikh 1 Ramadhan kurang sejam lagi.



Dalam artikel Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari yang dipersembahkan Ahad lalu iaitu pada 3 Mac 2024 ada dinyatakan saya ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada Jumaat sebelum itu 1 Mac bagi mengikuti satu majlis lalu menunaikan solat Jumaat.




Jumaat baru ini 8 Mac saya berbuat perkara sama.




Cuma kali ini majlis yang dituju berlaku selepas solat.




Berdasarkan tajuk yang diwar-warkan di media sosial saya menjangkakan  ia cuma sekitar perkembangan terbaru konflik Palestin-Israel di Gaza.




Rupa-rupanya ia jauh lebih menarik kerana berkisar pada punca asal konflik yang lebih jauh mendalam. Iaitu bagaimana sistem perbankkan dunia berdasarkan riba' menyebabkan banyak negara termasuk negara-negara Islam berhutang dengan pihak tertentu yang menyokong gerakan Zionisma. Disebabkan itulah mereka jadi lumpuh tidak dapat bertindak bagi membantu Gaza. 



Petang itu alhamdulillah dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Sya'aban di ISTAC.




Ini pula di surau di Janda Baik pada pagi Sabtu 9 Mac. 




Saya telah bermalam di sana sebelum pergi ke tahfiz berdekatan untuk mengambil anak keluar hujung minggu. Kena tunggu dahulu ustaz bagi report card.




Kemudian bawa anak makan-makan di Kuala Lumpur sebelum balik rumah.




Petang itu singgah melawat seorang kawan yang sedang sakit di Hospital Sungai Buloh kemudian ke satu majlis zikir di Petaling Jaya pada malamnya.




Pagi Ahad 10 Mac bawa anak-anak ke kelas silat di Bukit Beruntung. Petang itu hantar anak yang lebih tua kembali ke tahfiz di Janda Baik.




Sebelum meninggalkan beliau bawa jalan-jalan dahulu lepak tepi sungai.




Malam itu menginap di bahagian lain Janda Baik.




Awal pagi Isnin 11 Mac iaitu setengah hari tadi bersolat Subuh berjemaah di masjid jamek sana.




Jam 8 baru hendak bergerak meninggalkan Janda Baik. Tengok-tengok apabila hendak mengambil gambar dengan kamera digital kesayangan semua jadi lebih kurang macam ni. Apapun, saya pergi ke Arkib Negara untuk membuat sedikit penyelidikan sebelum mengambil anak balik sekolah kebangsaan jam 1.20 petang. Sampai sahaja rumah didapati saya telah memandu sejumlah 483 km sejak pagi Jumaat.

Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,484 di CATATAN SI MERAH SILU. Sungguh, Janda Baik dan ISTAC adalah dua tempat kesukaan yang selalu disinggahi dalam pelbagai keadaan sejak beberapa tahun kelapangan. Di sini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah bulan Ramadhan kepada semua pembaca. Semoga kita semua dapat mencapai matlamat ibadah lalu mendapat keredhaan Ilahi serta kebahagian dunia dan akhirat.