Jumaat, Januari 07, 2022

Dari hulu ke hulu Sungai Perak dan Sungai Selangor - Apa kena mengena dengan Pantai Timur penghujung 2021?

Salam petang Jumaat pertama bagi tahun 2022 merangkap hari ke-7 tahun baru iaitu tarikh 7/1/22. Hari ini bulan baik ini biar dipersembahkan cerita hari ke-8 merangkap hari terakhir bagi perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember 2021. Maka bersambung kita daripada artikel  Pantai Timur penghujung 2021 - Apa ada di Lenggong?.



Pagi Sabtu 25 Disember 2021. Selepas bermalam di surau yang kelihatan kami bersedia untuk berjalan jauh lagi.




Ziarah dahulu ke makam Tok Temong tidak jauh dari surau.




Kemudian turun sebentar melihat sungai di sebelah kawasan makam. Lihat artikel A fine day over Perak river in Temong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Perjalanan diteruskan ke arah bandar diraja Kuala Kangsar...






Naik ke Bukit Chandan untuk ke kawasan pemakaman diraja Perak di sebelah Masjid Ubudiyah...







Ziarah makam moyang utama saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.




Kali terakhir saya datang adalah bersama isteri, selepas menghadiri majlis temu bual dan suai kenal bagi gelaran Laksamana di Ipoh 5 November lalu. Lihat artikel Laksamana pulang ke Perak? Menjejak leluhur dari hulu ke hilir. Kali terakhir ada membawa anak-anak pula adalah dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang 31 Ogos 2020. Lihat Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale.




Selepas itu kami ke rumah lama warisan yang dikenali sebagai Rumah Merah. Lepak lama di sana sambil minum kopi yang dijual di bahagian hadapan rumah. Lihat artikel Rumah Merah (The Red House), Bukit Chandan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Jam 2 petang bergerak kami ke Sayong di seberang Sungai Perak dari bandar diraja Kuala Kangsar.




Ziarah makam dua orang Sultan sebelum pekena hidangan laksa kegemaran di Kota Lama Kanan. Lihat artikel Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Ali Al-Mukamal diiikuti Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Yusuf Sharifuddin.




Selepas itu menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid berdekatan yang mana terdapat batu nesan sebatang pada saf hadapan menandakan tempat ghaibnya Sultan ke-2 Perak, Sultan Mansur Syah hampir 500 tahun lalu.




Perjalanan diteruskan ke arah Ipoh melalui Sungai Siput.




Sampai ke utara bandar raya terus masuk Lebuh Raya PLUS ke selatan...




Ambil susur keluar Tanjung Malim untuk masuk ke jalan lama.




Sampai ke Kerling singgah di makam seorang pejuang Melayu bernama Sayid Mashahor.








Masuk ke Kuala Kubu Bahru singgah di masjid lama Ampang Pecah bagi menukar pakaian.




Kami mahu menyampaikan hajat anak-anak mahu mandi manda di Alor Lempah di mana mengalirnya satu bahagian Sungai Selangor.  Ini kerana mereka mahu mandi pada hari Sabtu seminggu sebelum itu tetapi keadaan cuaca hujan lebat membawa pada air keruh deras tidak membenarkan. Rujuk artikel pertama perjalanan Pantai Timur iaitu  Pantai Timur penghujung 2021 - Membuka secara tradisi di Sarang Art Hub. Nasib baik keadaan cukup cantik kali ini sehingga dapat bermandi lebih sejam walaupun sampai lewat. Lihat A fine enough day at Alor Lempah.




Hal ini menjadikan perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember seperti dibuka di Alor Lempah kemudian ditutup di situ. Perjalanan dibuka 18 Disember dalam keadaan cuaca buruk dengan segala macam cabaran berkenaan diikuti cuaca cantik sepanjang 4 hari 4 malam berada di Pantai Timur walhal di sanalah dijangkakan cuaca sepatutnya paling teruk akibat musim tengkujuh, sebelum ditutup dengan cuaca cukup cantik (walau langit mendung dan kawasan pergunungan di kaki langit kelihatan sudah turun hujan) pada 25 Disember. Hari terakhir perjalanan itu pula dibuka di Temong yang merupakan satu bahagian hulu Sungai Perak sebelum ditutup di Alor Lempah yang merupakan satu bahagian hulu Sungai Selangor. Kiranya ini 'menghubungkan' hulu ke hulu sungai.

Adapun negeri-negeri Perak dan Selangor terletak di Pantai Barat Semenanjung walhal perjalanan dibuat untuk ke Pantai Timur. Cuma keadaan dan permintaan sahaja yang menyebabkan  kami ke Alor Lempah di Selangor terlebih dahulu sebelum ke Tanjung Malim di Perak. Rujuk balik cerita dalam artikel Pantai Timur penghujung 2021 - Membuka secara tradisi di Sarang Art Hub. Pada awal perjalanan terbit juga persoalan bagaimanakah persinggahan di Tanjung Malim yang merupakan persinggahan ke Perak boleh masuk ke dalam rangka kerja keseluruhan perjalanan ke Pantai Timur sedangkan ia sebenarnya terletak di luar laluan? Apakah ada makna? Ketika itu kami masih memikirkan mahu kembali dari Kota Bahru melalui Gua Musang kemudian Raub. Tak sangka apa bila sampai masa untuk kembali ke rumah akan mengambil laluan Jeli ke Gerik lalu melalui dan singgah ke banyak tempat di Perak.

Aturan artikel sokongan bagi cerita hari terakhir pula memerlukan saya membuat 1 artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti 3 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) kemudian 1 lagi di BERPETUALANG KE ACEH. Ini adalah mengikut kronologi atau tempoh masa bilakah gambar-gambar berkenaan diambil, aturan yang muncul secara semulajadi dalam fail gambar. Lalu susun atur artikel sokongan ini membuat formasi nombor 1-3-1, satu nombor yang membawa makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya dan isteri. Artikel pertama sokongan adalah tentang Sungai Perak, artikel terakhir sokongan tentang Sungai Selangor. Akhirnya anak-anak mencapai hajat untuk mandi di sungai berkenaan. Harap ini mengisyaratkan sesuatu yang baik buat kami sekeluarga dalam masa terdekat.


Khamis, Januari 06, 2022

Pantai Timur penghujung 2021 - Apa ada di Lenggong?

Salam dan selamat sejahtera semua. Petang Khamis ini biar diteruskan penceritaan ke hari ke-7 perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada Pantai Timur penghujung 2021 - Santai dari Tok Bali.

 


Pagi Jumaat 24 Disember 2021. Setelah cukup rehat kemudian bersiap dan bersarapan kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.




Singgah dahulu di Pasar Khadijah.




Hajatnya nak cari etok juga jering rebus dengan kelapa. Dua-dua takda musim...




Kami pun mula keluar meninggalkan bandar raya...




Ziarah makam Tok Kenali di Kubang Kerian.






Pergi juga ke Masjid Tok Kenali dan kawasan madrasah...








Ziarah cucu Tok Kenali iaitu Ayah Man.




Selepas itu ke Nilam Puri untuk singgah ke Masjid Kampung Laut. Tengok-tengok takda dah masjid. Tinggal tapak aje. Lihat artikel Tapak Masjid Kampung Laut di Nilam Puri (Site of Kampung Laut mosque in Nilam Puri) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Perjalanan diteruskan ke arah Pasir Mas, bukan ke Kuala Krai seperti dirancang pada awal perjalanan. Jika dahulu kami bercadang untuk ke Gua Musang selepas Kota Bahru lalu bermalam di Raub keadaan semasa (rujuk artikel Pantai Timur penghujung 2021 - Cabaran akibat hujan lebat luar biasa diikuti Pantai Timur penghujung 2021 - Merentas baki banjir dan tanah runtuh di tengah Pahang) menyebabkan kami memilih untuk mengambil laluan Jeli ke Gerik untuk kembali ke rumah.




Laluan membawa ke Rantau Panjang...



Singgah makan tengah hari di tengah pekan. Sempat juga melihat satu bahagian sungai yang dahulu sering menjadi laluan orang tempatan pergi ke Thailand. Lihat artikel A look at part of Sungai Golok which used to be a regular crossing from Rantau Panjang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas makan perjalanan diteruskan ke arah Jeli. Tengok-tengok ada masjid dengan jemaah menunggu untuk bersolat Jumaat. Sempat mendengar azan diikuti khutbah sebelum menunaikan solat. Lihat Masjid (Mosque of) Telaga Mas, Rantau Panjang.




Selepas itu satu sahaja persinggahan lagi dibuat iaitu di Bukit Bunga sebelum melepasi Jeli untuk menyeberang kawasan pergununan Banjaran Titiwangsa.




Biasanya kami akan singgah di perhentian atas puncak, kali ini tidak...



Di Tasik Banding pun tak singgah sebaliknya terus berkejar ke Gerik.




Sampai sana sebelum jam 5 lalu masuk ke bandar kerana mahu mengeluarkan duit.




Perjalanan diteruskan masuk ke daerah Lenggong. Google Map menunjukkan satu laluan menarik ke satu destinasi tertentu melalui jambatan kayu yang panjang. Lihat Wooden bridge across Perak river in Lenggong.




Sekitar jam 5.50 sampailah ke destinasi berkenaan iaitu Kampung Chepor.




Kami mahu melihat sebuah masjid lama yang katanya berusia 500 tahun. 



Singgah dahulu di masjid baru di sebelah. 



Selepas masjid lama kami melawat sebuah galeri persendirian juga melihat rumah lama menarik berdekat. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,211 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat artikel-artikel berikut :-







Rabu, Januari 05, 2022

Pantai Timur penghujung 2021 - Santai dari Tok Bali

Salam hari Rabu 5 Januari 2021 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1443 Hijriah. Pada hari ini berlangsunglah ulang tahun kelahiran ke-47 bagi isteri tersayang Nor Afidah binti Yusof menurut kalendar Barat. Biar cerita hari ke-6 perjalanan kami bersama anak-anak di Pantai Timur dikongsikan. Maka bersambung cerita daripada artikel Pantai Timur penghujung 2021 - Membawa bekalan bicara tinggi Tauhid hingga ke puncak Bukit Keluang.



Pagi Khamis 23 Disember 2021. Cuaca kelihatan begitu elok dan terang.




Kami telah menginap di sebuah chalet berdekatan kuala sungai di Tok Bali.




Letaknya juga berdekatan pantai menghadap Laut China Selatan. Lihat artikel Around Tok Bali river mouth and beach di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Jam 10.30 kami keluar untuk mencari sarapan.







Bersiar-siar sekali untuk melihat apa ada di Tok Bali...




Kembali ke chalet saya dan anak-anak menukar pakaian lalu keluar untuk mandi laut.












Hampir jam 2 baru meninggalkan Tok Bali untuk menuju ke Kota Bahru.




Kali ini kami tidak perlu langsung terkejar-kejar kerana tempat kami bermalam seterusnya di Kota Bahru cuma terletak 60 km lebih sahaja ke utara Tok Bali. Sengaja diambil jalan-jalan kampung kerana cukup masa untuk bersantai. Pergilah ke satu kuil berdekatan Jalan Raja Sakti.




Kami singgah kerana terlihat patung Buddha gergasi ini dari jauh.




Sejarah berkenaan kuil dan patung Buddha...




Jalan Raja Sakti membawa pada satu jambatan menyeberangi Sungai Pengkalan Datu. Kawasan berkenaan dan sekitarnya pernah menjadi pusat pemerintahan raja-raja Kelantan dari Dinasti Jembal. Dinasti ini pula pernah memerintah sebagai wakil kerajaan Patani. Di satu bahagian ada makam milik seorang raja perempuan Patani. Lihat artikel Rupa baru makam (New look of tomb of) Nang Chayang/Ratu Kuning Patani di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Laluan ke Kota Bahru dirancang sebegitu rupa supaya dapat melawat masjid menarik ini ke hilir Sungai Pengkalan Datu. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Pulau Gajah, Kelantan.




Laluan sama membawa ke tepian Laut China Selatan. Lihat The sea at Pantai Sabak.




Seterusnya ia membawa ke Pengkalan Chepa dan lapangan terbang.




Selepas jam 5.30 petang sampailah kami ke bandar raya Kota Bahru.



















Ini pula gambar dari tempat penginapan kami di tengah bandar raya.




Alhamdulillah. Letaknya dekat dengan dobi basuh sendiri. Dapatlah kami membasuh kemudian mengeringkan pakaian kotor yang berlonggok sejak 5 hari lalu...




Sambil menunggu pakaian siap layan makan dekat Pasar Khadijah.




Malamnya bawa anak-anak berjalan-jalan di tepian Sungai Kelantan dekat menara di sebelah jeti Tambatan Diraja. Kiranya ini segmen perjalanan yang paling santai sebelum harus kembali terkejar-kejar. Sekadar untuk rekod. Hari ini kedua-dua blogspot sokongsan saya iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) mencapai jumlah 2,146. Cukup cerita.