Isnin, April 29, 2019

Menjengok Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara

Satu perkongsian ringkas daripada satu majlis hujung minggu baru ini...


Sudah agak lama saya tidak bertandang ke Muzium Negara untuk apa-apa majlis.


Semalam petang Ahad 28 April 2019, setelah menghadiri satu majlis ilmu tertutup di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam saya pun ke sana...





Kali terakhir saya ke Muzium Negara seingat saya adalah tepat 8 bulan sebelum itu iaitu pada 28 Ogos 2018; Lihat Bicara Muzium : Mengupas Khazanah Melayu di Cape Town.





Majlis yang dihadiri kali ini lebih pada temasya budaya dan warisan pemakanan orang Melayu Minangkabau.





Untuk itu didatangkan warga asal Minangkabau daripada beberapa daerah berkenaan di Sumatera Barat, Indonesia sambil dibantu masyarakat Melayu Malaysia keturunan itu di sini.








Majlis yang dipanggil Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau ini berlangsung daripada pagi jam 10 hingga petang jam 6.30 Sabtu hingga Ahad, 27-28 April.