Ahad, Oktober 07, 2018

Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku

Salam lewat malam 27 Muharram. Sedikit perkongsian dari 2 hari lalu.


Pagi Jumaat 5 Oktober 2018 saya dan isteri bergegas ke pejabat Perbadanan Kota Buku di Maju Junction, Kuala Lumpur.


Buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" berserta buku ke-12 "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia" mahu diresensikan di sana. Ia dijadualkan berlangsung jam 9.10 hingga 9.40 pagi.


Selepas diberikan pengenalan saya pun bercakap panjang lebar tentang buku. Namun hampir jam 10.30 iaitu ketika masuk sesi soal jawab baru tergerak untuk menyerahkan kamera digital kompak kepada isteri lalu meminta beliau mengambil gambar. 


Seingat saya acara dimulakan cuma 2-3 minit lewat selepas jam 9.10. Kami sampai ke pejabat Kota Buku pun hampir jam 9.


Ini bererti ketika itu saya sudah diberikan ruang hampir 1 jam 20 minit. Alhamdulillah saya diberi sekitar lagi 10 minit untuk sesi soal jawab.


Secara rata apa yang diperkatakan adalah serupa seperti pernah disebut pada majlis-majlis berikut :-







Cuma semua majlis tersebut berlaku sebelum bulan Mei. Selepas itu Malaysia disibukkan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 pada 9 Mei lalu berlakulah pertukaran kerajaan buat pertama kali dalam sejarah 61 tahun negara Ini menyebabkan rakyat sibuk bertengkar dan berpolitik hinggalah ke hari ini. Momentum dalam mewar-warkan isi buku terutama kira-kira penyelarasan masa jadi hilang dalam kemelut tersebut.



Bila keluar artikel berkenaan dalam suratkhabar hampir sebulan lalu iaitu pada 9 September 2018 barulah kembali hendak bernafas sedikit. Lihat artikel Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan. Resensi di Kota Buku diatur tidak lama selepas itu untuk merancakkan kembali usaha mewar-warkan isi buku.


Menarik dan mengujakan kerana CEO Kota Buku, tuan Sayed Munawar dapat bersama dalam majlis. Beliaulah yang memperkenalkan diri saya kemudian mengulas ketika menutup acara. Untuk makluman saya pernah berada dalam majlis resensi di tempat ini untuk satu buku lain. Tetapi ketika itu, Sayed yang merupakan pengacara terkenal program-program ilmu di kaca televisyen tidak dapat bersama. Lihat artikel Berpetualang ke Aceh" di Kota Buku yang dipersembahkan hampir 2 tahun lalu.


Menarik juga memikirkan ini adalah kali ketiga beliau terlibat dalam memperkenalkan dan mengulas buku-buku saya. Kali pertama adalah pada program Resensi Selamat Pagi Malaysia di kaca televisyen hampir 11 tahun lalu. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007.... Kali kedua adalah pada program sama tetapi dibuat 8 tahun selepas itu. Lihat Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1.


Saya seronok apabila Sayed terlibat kerana tidak ramai orang yang dikenali dalam dunia media memiliki kekuatan intelek seperti beliau sehingga dapat menyelami banyak perkara dengan baik. Tidak ramai yang betul-betul dapat menghargai penulisan saya sehingga mampu mengulas dan menyedari betapa penting isi yang mahu diangkat dalam buku-buku berkembar "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dan "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia". Punyalah seronok sehingga dalam kereta menuju ke Kota Buku pun kami dan mula buat live video di Facebook. Sila lihat (klik) sini.


Sampai sahaja ke pejabat Kota Buku di tingkat 24 Menara Maju kami buat live video lagi.


Sayed Munawar yang sudah sedia menunggu teruja sama lalu membawa kami melihat segala pelosok pejabat termasuk bahagian untuk kakitangan sahaja. Fungsi Kota Buku sebagai satu badan GLC (Government-Linked-Company) untuk mempromosikan industri buku negara dan menggalakkan rakyat membaca diterangkan berserta rancangan masa hadapan mereka. Antaranya tentang kompleks Kota Buku yang bakal bersambung dengan stesyen LRT Jalan Sultan Ismail. dijangka siap 5 tahun lagi. Lihat videonya di sini.


Semua ini dibuat dalam keadaan santai, seronok dan spontan antara kawan-kawan. Kelihatan dalam gambar yang diambil dari video beliau berseloroh tentang perangai saya suka membawa keris untuk melengkapkan pemakaian busana tradisional Melayu ke majlis-majlis.


Live video terus dibuat sehingga cukup satu pusingan bangunan pejabat lalu kami masuk ke ruang untuk resensi. Rakaman terus disambung sehingga tamat acara. Lihat sini.


Cuma video isteri ada 'pening' sedikit apabila orang lain memegang telefon beliau untuk menyambung live video. Tujuannya untuk membantu supaya isteri tidak memberi tumpuan penuh, biar kaki tangan Kota Buku menyambung rakaman. Dalam keadaan itu rakaman live mula diambil dalam keadaan telefon mendatar, bukan menegak seperti sebelumnya. Akibatnya video yang masuk dalam Facebook jadi menegak. Nak tonton kena sengetkan kepala...


Live video yang lebih jelas ada dibuat oleh Kota Buku sendiri. Tetapi rakaman pula telah dimulakan awal menggunakan satu grafik sementara menunggu saya sampai. Akibatnya grafik terus muncul secara statik dalam video yang dipancarkan ke FB. Kena terus masuk ke minit 27 untuk melihat acara bermula. Lihat sini.