Salam petang Jumaat. Biar dilepaskan satu gerak penceritaan.
Beberapa hari lalu saya mendapat tahu bahawa Ekspo Buku Malaysia di PWTC untuk tahun 2016 dijadualkan bermula pada hari Rabu 14 Disember. Ia akan berlangsung sehingga Ahad 18 Disember, Kalau tak salah ekspo ini diadakan setahun sekali sejak tahun 2012.
Ia dimulakan sebagai Ekspo Buku 1 Malaysia. Walaupun tidak sebesar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah bermula sekitar 2 dekad lebih awal, ia tetap memiliki tarikannya yang tersendiri. Lihat sahaja apa yang saya dapat ketika pergi ke ekspo ini buat pertama kali lebih 4 tahun lalu. Sila baca artikel-artikel berikut :-
Rekod Dinasti Ming tidak boleh menafikan kewujudan Hang Tuah
Tahun 2013 saya pergi lagi. Lihat artikel Sekitar Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC. Ketika itu ia juga menjadi tempat saya berjumpa sejumlah kawan seperjuangan dari seberang Selat Melaka. Lihat Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!. Tahun 2014 saya tak pasti jika ada pergi kerana tidak dapat menemui cerita berkenaan dalam rekod artikel-artikel lama saya. Tahun lepas iaitu 2015 memang saya pergi kerana ada faktor melibatkan pahlawan tersohor Melayu yang kebetulan saya pernah sentuh selepas lawatan pertama kali awal tahun 2012. Lihat artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC.
Tahun ini faktor serupa menarik untuk saya pergi lagi. Cuma hujung minggu ini saya akan disibukkan dengan penganjuran acara terbaru HIKMAH. Lihat artikel Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember yang baru dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) tengah hari tadi. Selain itu angin saya kurang baik. Kalau ikutkan mahu sahaja saya duduk bersendirian di mana-mana, tidak mahu bertemu atau berselisih orang ramai. Tetapi apabila memikirkan faktor berkenaan melibatkan seorang sahabat seperjuangan menulis sebuah buku baru tentang Hang Tuah, saya pun mula berkira-kira bilakah masa sesuai untuk pergi.
Timbul rasa spontan untuk pergi ke PWTC lewat petang Rabu 14 Disember, hari pertama ekspo.
Selepas mengambil isteri di tempat kerjanya sekitar jam 5.40 kami bersama anak-anak pun pergi ke lokasi. Sampailah di sana sekitar jam 6.30.
Selepas meninjau-ninjau sedikit gerai-gerai buku lain kami pun menuju ke bilik yang menempatkan pameran serta buku sahabat.
Untuk pengetahuan ini adalah orang yang sama mempamerkan barangan-barangan lama berkaitan Hang Tuah ketika kami datang ke ekspo tahun lepas. Lihat balik artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC. Kali ini beliau turut mempamerkan buku berkenaan yang ditulis olehnya dan seorang anak. Baru siap dicetak, kalau tak salah dalam seminggu dua lalu...
Namun saya terlupa hendak mengambil gambar buku. Nasib baik ada gambar yang dikongsikan oleh kawan-kawan di Facebook. Gambar ini diambil daripada wall seorang pesilat muda yang memakai nama Pangiran Nur Satria Aduka. Beliau dan beberapa orang rakan seperjuangan telah lebih awal bertandang ke ruang berkenaan. Saya copy paste sekali kata-kata beliau tentang buku dengan sedikit suntingan...
Alhamdulilah, Bertemu dengan pewaris cucu Tun Laksamana Tuah, keturunan Ke-12. Untuk mempromosikan kitab Riwayat Laksamana Hang Tuah edisi khas daripada versi Tun Kolah Dirasmikan Menteri Penerangan Mana-mana rakan boleh mendapatkan kitab ini dengan nilai RM65 sahaja. Jutaan terima kasih juga kepada beliau kerana telah menghadiahkan sekeping PENDING khas untuk saya hari ini. Tun Laksamana Tuah sememangnya wujud dan BUKAN MITOS.
Di sini timbul rasa untuk memberitahu bahawa orang yang sama, saudara Ismail Yaakob telah menghadiahkan kepada saya sekeping pending serupa ketika bertemu dalam satu majlis ilmu di Perpustakaan Negara lebih sebulan lalu. Perkara ini baru sekarang saya sebut dalam mana-mana tulisan kepada umum baik melalui blogspot mahupun Facebook dan sebagainya. Dalam artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC di mana saya pertama kali bersua muka dengan beliau tahun lepas saya menyebut Ismail sebagai orang Melaka. Sebenarnya beliau warga Singapura yang keluarganya berasal dari Melaka. Tentang majlis di mana beliau menghadiahkan pending itu pula memang ada sesuatu yang istimewa tentang majlis itu sendiri. Sila sorot cerita melalui artikel-artikel berikut :-
Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Warkah lama Melayu dan uruf dalam kitab feqah klasik
Tentang pending yang diterima itu beliau menempah khas dari Jawa untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu. Kata Ismail lambang pada tengah pending merupakan simbol asal keluarga laksamana Melaka. Waallahualam. Sejak menerimanya saya sering memakai pending tersebut ke majlis-majlis. Beginilah rupanya, dipotong (crop) daripada satu gambar yang diambil oleh jurugambar akhbar Kosmo untuk mengenengahkan pakaian dan gaya jenama Bona Fida milik isteri saya. Cerita-cerita berkenaan telah dikongsikan di blogspot Bona Fida. Lihat artikel-artikel berikut :-