Selasa, Disember 15, 2015

Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars

Salam. Cerita kecil hujung minggu lalu. 


Saya dan keluarga kembali bercuti ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor petang Sabtu. Esoknya pagi Ahad kami bersiar-siar di pekan lalu ke kawasan jeti.


Seharusnya jeti ini memberikan pemandangan menarik tepi laut atau Selat Melaka di Tanjung Sepat. Tengok-tengok ia dah roboh dan sedang dibina baru. Bandingkan dengan apa yang dipaparkan dalam artikel lama Jalan-jalan anak-beranak : Bermain-main di Tanjung Sepat


Nasib baik ada satu tarikan baru terletak berdekatan...



Ia adalah satu kawasan kampung Orang Asli yang telah dibersihkan menjadi pantai tarikan orang ramai. Dahulu kami tak pernah sedar tempat ini wujud pun di sini. Lihat artikel The beach called Pantai Cunang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu kami mengorak langkah kembali ke rumah. Laluan daripada Tanjung Sepat melalui pantai peranginan Morib lalu kami singgah di satu tempat ke selatan sedikit dari Morib.


Ini adalah Gold Coast Morib. Sebelum ini kami setakat lalu sahaja di luar, kali ini baru melihat apa yang terdapat di dalamnya...









Perjalanan diteruskan ke Bukit Changgang untuk melihat satu tarikan yang kami baru 2-3 bulan lalu tahu wujud di sekitar sana. Terlihat masjid lama yang agak menarik dalam perjalanan. Singgah le sebentar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Khairat, Olak Lempit, Banting di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


 Kami sampai ke tempat tarikan tersebut ketika hujan lebat...


Ia adalah Tadom Hill Resort dan Tadom Base Camp. Nampaknya boleh tahan cantik gak tempat ini.


Cuma kemudian kami dapat tahu daripada seorang kawan yang sudah lama menetap  berdekatan bahawa orang tempatan tidak suka masuk ke sini. Ini kerana menurut ceritanya, bukit yang kelihatan adalah tanah perkuburan Orang Asli sedangkan tasik/lombong yang ada pernah menjadi tempat pembuangan toksik buat beberapa lama.


Dari Bukit Changgang kami masuk ke Dengkil lalu ke lebuh raya yang membelah Putrajaya dengan Cyberjaya. Terus menghala ke Kuala Lumpur, singgah di Midvalley Megamall untuk menyahut satu panggilan.


Ada saki-baki pameran promosi Star Wars yang sudah berlangsung hampir sebulan kalau tak salah.


Saja bawak anak-anak bagi mereka gumbira. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,399 di blogspot ini.