Khamis, November 19, 2015

Daulah Melayu di Jawa Timur - Daripada Sayyid Jamadil Kubro ke Maulana Malik Ibrahim

Akhirnya. Setelah hampir sebulan meninggalkan penceritaan untuk memberikan perhatian pada hal-hal lain mari kita kembali kepada cerita perjalanan dan penggambaran Daulah Melayu. Bersambung daripada Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo.


Ahad 25 Oktober 2015,. Setelah 2 malam menginap di kawasan pendalaman Pasuruan kami bertolak ke kawasan lain untuk menyambung kerja-kerja penggambaran.


Lokasi seterusnya terletak di Trowulan, Mojokerto, sekitar 50 km ke barat-daya kota Surabaya. Perjalanan memakan masa 2 jam.


Destinasi kami adalah kompleks makam Sayyid Jamadil Kubro di Troloyo. Beliau adalah datuk/moyang kepada para Wali Songo. 


Saya, isteri dan anak-anak pernah sampai ke sini pertengahan tahun 2012. Ketika itu kami sedang melakukan perjalanan pusing Pulau Jawa selama 2 minggu melawat seberapa banyak makam aulia yang boleh terutama para Wali Songo. Lihat Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Solo, Kediri, pendopo kerajaan Majapahit dan makam Sheikh Jamaluddin Kubro di Mojokerto.


Cuma ketika itu kami sampai waktu malam lalu tidak menyedari terdapat banyak makam menarik lain boleh dilawati selain makam Sayyid Jamadil Kubro di sekitar ini. Dan kami pun terkejar-kejar ketika itu kerana lawatan berlaku pada hari ke-13 perjalanan. Selesai ziarah kami harus bergegas ke Surabaya untuk mendapatkan pesawat kembali ke tanah air pada keesokan harinya.


Kali ini saya bukan sahaja sampai pada waktu siang. Saya ada banyak masa untuk melihat apa yang ada. Ketika krew Daulah Melayu sibuk mencari sudut-sudut yang sesuai  untuk penggambaran selain menyiapkan barangan dan mengatur apa yang perlu saya pun memulakan lawatan dengan menziarahi makam kecil yang kelihatan paling dekat. Lihat artikel Makam (Tomb of) Patas Angin di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)


Dalam perjalanan untuk ke makam yang mahu dituju seterusnya terlihat masjid ini. Makam yang dimaksudkan terletak di sebelah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Baitul Muttaqien, Troloyo dan Makam (Tomb of) Sunan Ngudung.



Selepas itu saya harus menghadirkan diri untuk penggambaran...





Dapat pula masuk begitu dekat merapati makam. Lihat Makam (Tomb of) Sayyid Jamadil Kubro, Troloyo pada siang hari (at daytime). Dapat melihat dengan lebih terang makam-makam lain yang terletak dalam bangunan utama kompleks. Lihat Tiga makam lain dalam bangunan makam Sayyid Jamadil Kubro (Three other tombs inside Sayyid Jamadil Kubro tomb building).


Penggambaran diteruskan tanpa penglibatan saya. Dapatlah menziarahi makam-makam lain dalam kompleks. Lihat :-









Saya juga mengambil peluang untuk melawat makam-makam berdekatan di luar lingkungan kompleks bermula dengan yang ini. Lihat Makam (Tomb of) Ki Ageng Surgi.



Sampai pada yang ini saya mula deja vu. Lihat Makam (Tomb of) Syeikh Qohar. Dah agak lama saya tak deja vu.


Deja vu berterusan untuk dua makam seterusnya. Paling menarik adalah di sini. Sampai orang yang menunggu di dalamnya pun pernah saya lihat. Cuma tak ingat samada dalam mimpi atau bayangan beberapa lama lalu. Lihat Makam (Tomb of) Puspo Negoro dan Makam (Tomb of) Syeikh Muniron.



Selesai penggambaran di sekitar kompleks makam Sayyid Jamadil Kubro kami berkejar ke lapangan terbang Juanda di selatan Surabaya. Seorang daripada kami perlu kembali ke Malaysia lebih awal, saya dan dua orang lain cuma akan menyusul petang keesokannya.



Dari lapangan terbang kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu kota Gresik. Perjalanan membawa ke pinggiran kota Surabaya. Terlihat masjid ini teringat lagi kenangan perjalanan lebih 3 tahun lalu.


Adapun sebaik sahaja sampai ke Surabaya daripada arah Troloyo dan mendapat sedikit rehat terus saya mengajak isteri dan anak-anak ke masjid ini. Rasa tak puas kalau tak singgah. Lihat artikel lama Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Solo, Kediri, pendopo kerajaan Majapahit dan makam Sheikh Jamaluddin Kubro di Mojokerto.








Setelah beberapa lama sampailah ke tempat tujuan di Gresik iaitu makam Maulana Malik Ibrahim, orang yang dikatakan anggota Wali Songo paling awal. Lihat Makam Maulana Malik Ibrahim pada siang hari (Tomb of Maulana Malik Ibrahim at daytime).


Lebih 3 tahun lalu saya dan keluarga juga pernah sampai ke sini tapi waktu malam. Ketika itu makam sedang kosong tiada orang. tidak seperti begini. Lihat artikel lama Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Ampel, Sunan Gresik dan Sunan Giri serta makam-makam di Pulau Madura.


Kali ini saya bukan sahaja dapat melihat kemeriahan orang ramai datang berziarah. Baru saya sedar di sisi kompleks ada satu lagi kawasan pemakaman milik keluarga pembesar lama Gresik yang menjadi pengikut Maulana Malik Ibrahim. Lihat Makam (Tomb of) Toemenggoeng Poespo Negoro, Gresik.


Menjalankan tugas sebagai hos Daulah Melayu...



Kami berada di kompleks makam sehingga waktu Isyak. Sempatlah meneliti maklumat yang terdapat di dalam galeri kompleks. Lihat artikel Maulana Malik Ibrahim gallery di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Untuk pengetahuan Malik Ibrahim adalah cucu kepada Sayyid Jamadil Kubro...
.


Selepas itu baru bergegas ke destinasi seterusnya.


Ia adalah makam Sunan Giri.


Untuk penggambaran biar dibuat siang hari keesokannya. Buat masa ini cukuplah ziarah dan tafakur di makam.


Lewat malam kami mencari tempat penginapan. Sampai di pusat kota Gresik baru dapat yang sesuai, Menariknya adalah nama hotel...


Hotel pun boleh tahan dan harga tidak mahal. Tak sangka pula berdekatan sini ada satu makan yang patut diziarahi., Tapi itu cerita nanti...