Rabu, Ogos 12, 2015

Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam

OK. Sampailah masanya untuk bercerita tentang apa yang berlaku pada hari acara, Sabtu 8 Ogos. Bersambung daripada Sekitar HIKMAH Beruas - Tanjung Malim, Tapah dan Lata Kinjang.





Sebetulnya sepanjang hari ini saya telah mengambil banyak masa untuk bercerita panjang lebar dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).





Secara rata apa yang berlaku adalah muncul undangan saat akhir untuk memeriahkan satu majlis rumah terbuka di pekan Beruas. Sedangkan HIKMAH Beruas yang berlangsung pada hari sama di Kampung Banjar, 15 km ke selatan pekan sudah cukup padat atur caranya pagi hingga petang.




Hal ini menyebabkan atur cara yang saya muktamadkan 2 hari sebelumnya harus dirombak secara drastik.





Apapun majlis tetap berlangsung meriah terutama dengan kehadiran beberapa muka yang sudah lama tidak ditemui...





Atas permintaan warga tempatan majlis dilanjutkan sehingga waktu malam.


Selasa, Ogos 11, 2015

Sekitar HIKMAH Beruas - Tanjung Malim, Tapah dan Lata Kinjang

Pada artikel Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu yang ditulis pagi buta Jumaat lalu saya ada menyebut  tengah hari itu harus berlepas ke Beruas, Perak untuk menjayakan acara ke-15 HIKMAH. Alhamdulillah acara selamat diadakan Sabtu dan Ahad. Kini baru terasa dah dapat cukup rehat untuk mula bercerita.


Saya dan keluarga berlepas sekitar 1 tengah hari. Ambil Lebuh Raya PLUS ke utara dengan rancangan mahu keluar di exit Tanjung Malim lalu mengambil jalan lama.


Fikirnya mahu bersolat Jumaat di Masjid Sheikh Ismail yang masih terletak di dalam negeri Selangor. Tengok-tengok solat Jumaat tidak diadakan di sana lalu kami pun menyeberang Sungai Bernam yang merupakan sempadan masuk ke negeri Perak untuk ke pekan Tanjung Malim. Naik jambatan pejalan kaki bersama anak kecil saya Rasyid. Isteri menunggu dalam kereta yang kelihatan bersama anak yang lebih kecil...





Jambatan ini menyeberangi landasan kereta api bereletrik yang membelah dua pekan sejak beberapa tahun lalu.


Masjid Tanjung Malim terletak di seberang. Kami sampai ketika solat Jumaat baru hendak dimulakan.





Selesai solat kami menyambung perjalanan melalui jalan lama ke Ipoh...


Sampai di Tapah berhenti berehat kerana sudah berjanji akan berjumpa dengan seorang kawan yang juga mahu ke Beruas tetapi bertolak lewat.


Kebetulan isteri belum bersolat kami pun singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Daerah Tapah (Tapah district mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Adapun kami sampai ke Tapah itu sebelum jam 3.30 petang memikirkan bahawa telah berjanji dengan kawan akan bertemu di pekan itu jam 4. Tapi apabila dihubungi beliau dan keluarga baru sahaja sampai ke Rawang, kalau nak ke Tapah harus memakan sekurang-kurangnya lagi sejam. 


Kami pun membuat keputusan untuk berjalan-jalan.


Singgah mandi di Lata Kinjang yang terletak sekitar 12-13 km perjalanan ke utara Tapah.


Dah Qada' dan Qadar Allah SWT, sebaik sahaja kami selesai mandi dan bertukar pakaian kawan menelefon memberitahu sudah sampai ke Tapah. Kami pun berjumpa di simpang masuk ke Lata Kinjang lalu meneruskan perjalanan ke arah Kampar.


Dari Kampar ambil jalan ke Kampung Gajah kemudian ke Bota Kanan. Singgah di masjid ini kerana kawan belum bersolat. Lihat Masjid (Mosque of) Jaiziah, Telok Sareh.


Dari Bota Kanan kami mengambil jalan ke Lumut. Simpang ke Beruas terletak 2-3 km selepas pintu gerbang ini kalau tak salah ingatan...


Kami sampai ke lokasi acara iaitu dewan orang ramai Kampung Banjar hampir waktu Maghrib. Untuk pengetahuan kampung ini terletak sekitar 15 km ke selatan pekan Beruas Selepas meninggalkan isteri dan anak-anak di chalet berdekatan saya terus ke dewan lalu memasang satu banner atau sepanduk HIKMAH.


Dewan ini terletak di tepi jalan Sitiawan ke Beruas, sebelah masjid kampung.


Sepanduk diletakkan untuk menunjukkan acara akan berlangsung tidak lama lagi di dewan. Ini kerana sudah ada beberapa orang yang sampai lebih awal ke kawasan ini menelefon saya untuk memastikan lokasi acara.