Salam malam Jumaat. Tiga minggu lepas saya ada buat sedikit cerita raya bertajuk Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal. Lepas tu takda lagi cerita raya. Selain sibuk mahu menyiapkan beberapa cerita lain saya dijangka harus keluar untuk penggambaraan dokumentari "Daulah Melayu" lagi hari raya ke-11 hingga seminggu selepasnya. Tengok-tengok ia ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan, selepas pertengahan bulan Ogos. Dengan itu dapatlah saya keluar menyambut hari raya seperti orang lain dalam tempoh itu. Kongsi sikit cerita...
Sabtu 1 Ogos 2015 bersamaan 16 Syawal 1436 Hijriah. Hari dibuka dengan menghadiri sambutan raya di taska anak.
Selepas itu kami ke Muzium Shah Alam untuk sambutan rumah terbuka geng busana tradisional Melayu.
Seperti biasa apabila geng busana buat acara, ada jualan barangan berkaitan.
Ada pertunjukan silat.
Yang ini kali pertama saya lihat dalam acara geng busana - ada pertandingan mewarna lukisan untuk anak-anak.
Beginilah saya dan isteri berpakaian. Tak sangka isteri menang hadiah untuk busana wanita pilihan.
Bergambar beramai-ramai...
Meriah juga acara.
Malam selepas Isyak kami bertandang ke rumah kawan lama saya di Putrajaya, daripada zaman Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang batch 1983-1987. Ini kira rumah terbuka merangkap reunion, ada beberapa orang kawan baru ditemui kembali sejak saya meninggalkan sekolah tahun 1986.
Empat antara yang datang adalah rakan sebilik, satu rumah sukan sejak Tingkatan Satu. Oh, sebelum itu saya dan keluarga sempat berhari raya di Seremban. Lewat malam pula ke rumah adik ipar di Rinching, antara Semenyih dan Beranang. Selesai gerak kecil bercerita ini. Tengah hari Jumaat kami harus berlepas ke Beruas, Perak untuk menjayakan acara ke-15 HIKMAH. Lihat artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-
Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru
Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara