Ahad, Mei 17, 2015

Sekitar HIKMAH Chenor 9 Mei 2015

Salam. Harap tidak begitu terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari Israq dan Mikhraj pada 27 Rejab siang tadi. Sekarang, sedikit cerita sekitar acara ke-14 HIKMAH yang selamat dilangsungkan hujung minggu lepas.


Jumaat 8 Mei 2015 saya dan keluarga bertolak ke Pahang untuk membuat persediaan yang patut bagi menjayakan majlis yang akan berlangsung keesokan harinya.


Keluar exit Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur, ambil jalan kampung menyusuri tepian Sungai Pahang untuk menikmati pemandangan. Sampai ke bahagian yang dirasakan paling hampir dengan sungai baru berhenti ambil gambar. Lihat artikel Sungai Pahang from a village north-east of Temerloh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Jalan ini mati berdekatan kuala Sungai Semantan, Di seberang sungai adalah bandar Temerloh. Lihat Stopping by Tanjung Keramat, Temerloh dan The tower at Tanjung Keramat.


Dah puas ambil gambar baru mengambil simpang sebelum jalan mati untuk ke bandar. Kebetulan masuk waktu untuk bersolat Jumaat dan jalan memang lalu belakang masjid. Masuklah saya ke masjid sementara anak-anak dan isteri menunggu di taman berdekatan.


Taman yang dimaksudkan terletak di tepian Sungai Pahang, ada pusat rekreasi menarik...


Lepak sebentar menikmati pemandangan. Lihat Pahang river from Temerloh jetty.


Kawasan ini terletak di selatan kuala Sungai Semantan. Sedikit maklumat sejarah...


 
Bersama anak-anak naik jambatan gantung yang menyeberang kuala sungai. Lihat On to the hanging pedestrian bridge of Temerloh.


Petang sedikit lepas nak puas makan dan sebagainya baru bertolak ke Chenor. Ketika itu kami bergerak bersama beberapa orang yang akan sama-sama menjayakan majlis ke-14 HIKMAH.


Sampai di Chenor singgah sebentar di homestay berdekatan sebelum menyambung rehat di jeti. Rujuk artikel Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang" yang menunjukkan keadaan ketika saya pertama kali sampai ke pekan kecil ini 4 minggu lalu.


Saya dan kawan-kawan memasang sepanduk HIKMAH di tempat-tempat yang sesuai.




Lewat petang singgah di masjid lama seberang sungai untuk melihat keadaan sementara hari masih terang. Pada perjalanan kali pertama 19 hari sebelum itu saya cuma sempat melihatnya daripada dekat pada waktu malam. Lihat artikel Masjid Kampung Pantai, Chenor pada siang hari (Mosque of Kampung Pantai, Chenor during daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sabtu 9 Mei 2015. Keadaan di lokasi majlis awal pagi.


Sambil menunggu lebih ramai muncul saya dan keluarga membuat sedikit persiapan akhir. Lihat HIKMAH Chenor : Menunggu kesesuaian pada pagi hari.


Jam 10 lebih baru majlis dapat dimulakan secara rasmi.


Antara pembentang adalah pendita Azlan Ghanie, satu muka yang tidak asing lagi dalam dunia persilatan tanah air. Lihat HIKMAH Chenor : Lembah Bama, amalan pejuang Pahang, dinar dirham dan pertanian fitrah.


Selepas rehat tengah hari pembentangan diteruskan sehingga masuk Asar.


Tanpa disangka ada yang membuka bab Tasawuf yang cukup mendalam, masuk ilmu Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh sehingga berlaku gangguan pada sistem pembesar suara lalu hadirin diminta merapat ke arah pembentang. Lihat HIKMAH Chenor : Semangat dan gerak dalam gendang Pahang serta Tasawuf dalam agama purba.



Selepas rehat Asar peserta/hadirin berarak dari masjid ke jeti. Ambil gambar beramai-ramai di pekan lama berdekatan jeti.


Seterusnya peserta/hadirin dihiburkan dengan persembahan gendang berserta syair kemudian silat. Lihat HIKMAH Chenor : Bergendang di tepian Sungai Pahang. Cukuplah saya melepaskan gerak ringkas untuk bercerita ini ya. Selamat malam... :]