Merujuk pada koleksi links pada artikel Kompilasi Misi HIKMAH Pulau Pinang yang dibuat lebih sebulan lalu. Nampaknya siri harus disambung untuk melengkapkan gerak...
Pagi Jumaat 21 Februari 2014. Kami telah bermalam di rumah seorang kenalan di Kampung Padang Changkat, belakang Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Letaknya cuma 100 meter gitu dari makam Daeng Selili, Dato' Maharajalela Pancung Tak Bertanya pertama Perak. Saya pun membawa keluarga berjalan kaki ke situ.
Hampir sejam kemudian baru kami meninggalkan rumah kenalan. Singgah sebentar ke kawasan pemakaman diraja Bukit Chandan untuk menziarahi makam Laksamana Muhammad Amin, moyang kami yang pernah dibuang ke Pulau Seychelles bersama sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah akibat dikatakan terlibat dengan pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875.
Timbul juga rasa untuk menziarahi makam sultan ke-28 Perak, Sultan Idris I, orang yang membuka dan mengalihkan pusat pemerintahan raja ke Bukit Chandan.
Selepas itu baru perjalanan ke utara disambung, kali ini menggunakan jalan lama. Sempatlah singgah di sebuah masjid yang agak menarik di Bukit Gantang juga sebuah makam. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Pauh, Bukit Gantang dan Makam Long Jaafar pada siang hari (Tomb of Long Jaafar during daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Oh. Lupa nak cakap. Perjalanan ini dibuat untuk menjayakan acara ke-9 HIKMAH. Ia akan berlangsung di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari Sabtu 22 Feb. Perjalanan diteruskan melalui jalan lama sehingga melepasi gerbang masuk ke sempadan negeri. Sempatlah melihat satu masjid kayu yang sangat menarik di utara Perak. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Bagan Serai.
Selepas itu perjalanan diteruskan melalui Lebuh Raya PLUS sebelum masuk ke Butterworth.
Terus ke terminal feri. Alhamdulillah tak perlu menunggu lama untuk menyeberang ke pulau...
Sampai ke bandar raya Georgetown tempat pertama dituju adalah Masjid Lebuh Aceh.
Duduk sebentar bersama jemaah yang menunggu masuk waktu solat Jumaat.
Memandangkan ketika itu ada masa setengah jam lagi sebelum masuk waktu perjalanan pun diteruskan dengan mengambil jalan yang dikira menuju ke Bukit Bendera.
Saya main bantai aje ambik jalan sebab tak bawak peta. Fikir saya hala ke Bukit Bendera dan singgah jika ada tempat yang terasa menarik dalam perjalanan. Ternampak sebuah masjid di tepi Jalan Dato' Kramat.
Ternyata di sini ada cerita mengaitkan penempatan awal di Pulau Pinang dengan Aceh. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Makam, Pulau Pinang, Makam (Tomb of) Haji Kassim, Kampung Makam dan Makam lama di pangkal pokok di (Old tomb at the base of a tree in) Pulau Pinang.
Solat Jumaat didirikan di masjid besar ini. Lihat Masjid negeri (State mosque of) Pulau Pinang.
Selepas itu baru ke Bukit Bendera. Tapi setakat pusing-pusing kat kaki bukit je. Terlihat sebuah lagi masjid lalu mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) al-Qadri, Air Hitam, Pulau Pinang.
Dari situ kami ke Bayan Lepas melalui jalan bukit. Sampai ke kompleks tabung haji di mana HIKMAH mahu diadakan nampak persiapan yang dibuat orang Pulau Pinang terutama ahli Qaryah Masjid al-Hidayah Bayan Lepas cukup rancak. Lihat artikel Aku naik saksi tiada yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Untuk memastikan kejayaan mereka turut mengadakan tahlil dan qasidah di masjid selepas Isyak. Doa dipanjatkan agar majlis mendapat keberkatan. Terasa bersungguh betul mereka menyokong HIKMAH...