Cerita siang tadi...
Pagi Jumaat 11 Oktober 2013 saya telah bertandang ke pejabat Capital TV di Damansara Perdana. Saya mulakan dengan mengambil gambar ini. Maaflah kalau tak berapa cantik. Bila difikirkan elok saya mengambil gambar seluruh bangunan. Tapi masa tu tak ambik...
Saya dipanggil untuk menyertai satu program perbincangan bernama "On The Point". Program ini menemuramah cendekiawan, pemikir, aktivis dan sebagainya dalam bahasa Inggeris tentang isu-isu penting dan semasa yang melanda negara juga dunia. Kelihatan kaki tangan sedang menyediakan tempat. Sebenarnya ketika saya sampai ada program lain sedang dirakam. Pertukaran latar belakang harus dibuat untuk program yang berlainan.
Pengacara "On The Point" saudara Amirul HM sedang membaca soalan-soalan yang mahu dikemukakan. Saya diberitahu studio agak sibuk kerana beberapa program harus dirakam sebagai persediaan untuk tayangan cuti Hari Raya Haji dan sekitar itu.
Bergambar sebentar sambil berbincang sedikit butiran. Ini adalah episod ke-11 program. Cantik juga apabila difikirkan rakaman dibuat pada 11 haribulan.
Episod ini mahu ditayang pada Hari Raya Haji, jam 9.30 malam.
Saya dipanggil sebagai presiden HIKMAH, Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Seorang lagi tetamu, Tuan Sheikh Abdul Kareem adalah aktivis PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Topik perbincangan adalah " THERE ARE CALLS by Either MUSLIM or MALAY NGOs to ONLY Support Muslim or Malay Businesses. In View of Malaysia's Demographics, Is This a WISE MOVE?". Secara ringkasnya ia berkenaan seruan untuk menyokong perniagaan Melayu atau Muslim dan mengenepikan selain darinya.
Sebagai seorang aktivitis saya merasakan peluang muncul pada program ini sebagai satu penghargaan amat bernilai untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Siapa yang memiliki sambungan kabel TV Unifi bolehlah menontonnya di Channel 420 Capital TV. Insyaallah ia juga boleh ditonton melalui Youtube kemudian.