Jumaat, Februari 15, 2013

HIKMAH menjejak Beruas-Gangga Negara

Ini adalah cerita perjalanan kecil yang menyusul selepas selesainya acara HIKMAH III. Rujuk artikel HIKMAH III, PESAWAD, Laksamana Muhammad Amin dan Keramat Kuala Bidor.


Tengah hari Isnin 28 Januari 2013, setelah puas berehat di hotel kami suami isteri membawa anak-anak mengorak langkah keluar.


 Singgah sebentar di kawasan menghadap perairan Pulau Pangkor di sebelah jeti bot laju...


Kemudian baru keluar dari pulau buatan Marina Island, terus melepasi pinggiran pekan Lumut untuk menaiki jambatan menyeberangi Sungai Dinding.


Saya ada hajat tertunda mahu melihat kawasan Batu Undan di mana terdapat kilang atau tempat penyimpanan tepung yang sangat besar. Ketika tergerak mahu melihatnya dalam satu perjalanan solo bermotosikal besar setengah tahun lalu tiba-tiba tayar motosikal meletup. Lihat artikel lama Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Cabaran pusing Beruas-Gangganegara?

Saya tertarik dengan nama Batu Undan juga bangunan tempat menyimpan tepung yang boleh kelihatan dari pekan Lumut. Saya juga mahu melihat pemandangan Sungai Dinding dari sebelah sini. Lihat artikel Dinding river from Batu Undan dan Going slightly inland at Batu Undan, Lumut   di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selesai itu kami ke masjid jamek Segari untuk bersolat. Saya pernah bermalam di sini untuk menyusuri sejumlah petunjuk dalam mimpi. Lihat artikel Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan yang dibuat 5 tahun lalu.


Sejak berjaya menyusuri lalu mengenal beberapa tempat di sekitar saya selalu mendatanginya setiap kali berpeluang...


Antaranya adalah tempat penjagaan dan pemeliharaan penyu. Lihat Just love 'em Segari turtles.


Kemudian ke hutan simpan di mana terdapat pohon beruas...





Kami juga pergi ke satu kawasan pantai di mana saya diberitahu ada terdapat pusat kerajaan ghaib di laut yang bercirikan kerajaan lagenda Atlantis.





Di sini kami pernah terjumpa satu medan elektrostatik yang pelik kerana membuatkan rambut kami asyik tercacak berdiri ke atas. Namun kali ini kami tidak dapat menemukannya. Rujuk artikel lama Jalan-jalan Perak sebelah barat : Atlantis Gangganegara?