Khamis, November 08, 2012

Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov

Subhanallah. Setelah 28 jam menunggu masa uploading atau muat-naik video ke Youtube barulah saya dapat memaparkan acara HIKMAH 4 Nov daripada mula hingga ke akhir. Itupun saya harus menyunting dan memilih bahagian tertentu agar tidak terlalu panjang sambil cuba mendapatkan hasil terbaik dengan menolak ke tepi gambar-gambar yang bergegar atau kurang fokus. Untuk makluman video in diambil oleh beberapa orang... kerana rakan baik saya yang sudah beberapa kali menolong mengambil video bila saya ada acara tidak dapat datang akibat komitmen keluarga. Ini dia...




Video satu - Dari awal sampai ke lokasi majlis sekitar 8.40 pagi hingga ke pembukaan yang agak terlewat 2 jam kemudian...




Video dua - Sesi pembentangan pagi membawa ke tengah hari dan selepas Zuhur...





Video tiga - Sesi pembentangan petang membawa ke sesi berkumpulan...



-------------------------


Isi artikel ini sebenarnya diambil dari blogspot terbaru saya http://hikmahmelayu.blogspot.com/. Selepas ini apa-apa cerita tentang HIKMAH atau Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman cuma akan dikongsikan di blogspot itu. Di sini saya cuma akan menyebut sepintas lalu.



Rabu, November 07, 2012

HIKMAH 4 Nov - Satu kejayaan ulung yang tak disangka

Salam. Sepatutnya saya sudah membuat artikel ini sebaik sahaja acara sulung HIKMAH berjaya dilaksanakan di Yayasan Restu, Shah Alam Ahad 4 Nov lalu. Namun disebabkan kepenatan yang amat sangat dicampur demam juga kerana harus menyediakan dahulu 'tapak-tapak' cerita, Rabu malam Khamis ini baru ia boleh dibuat.

















OK. Sebenarnya saya telah membuat sejumlah cerita di blogspot terbaru saya http://hikmahmelayu.blogspot.com untuk menunjukkan bagaimana acara 4 Nov telah dapat diadakan dengan jayanya. Blogspot ini diterbitkan semata-mata untuk menyokong HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Sukacita dimaklumkan acara susulan HIKMAH akan diadakan di Melaka 25 Nov ini. Sila lihat blogspot atau page HIKMAH untuk perkembangan terbaru. Di bawah adalah links untuk artikel-artikel tersebut...