Sabtu, Mac 03, 2012

Mengenang 88 tahun kejatuhan pemerintahan khalifah Islam

Kawasan pemerintahan Empayar Uthmaniah abad ke 16-17...



Assalamualaikum. Kalau diikutkan giliran bercerita saya tidak mahu membuat apa-apa cerita hari ini. Semalam baru sahaja membuat artikel Mencari petunjuk di rumah 'Ugik' Sungai Rambai dan cadangnya selepas beberapa hari baru saya akan menulis lagi... dengan menyambung penceritaan perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 November 2011 yang bakal memasuki fasa tempat-tempat di Banda Aceh. Tetapi tadi selepas Zuhur baru saya tersedar satu perkara. Hari ini 3 Mac 2012 genaplah 88 tahun lupusnya Empayar Uthmaniah di Turki. Dengan itu juga tamatlah pemerintahan kekhalifahan Islam yang bermula apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq naik menjadi pemimpin seluruh umat Islam 1,400 tahun lalu.

Kita tahu ini berlaku selepas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW wafat 632 Masihi. Selepas Abu Bakar, naik Saidina Umar Al-Faruq diikuti Saidina Uthman Al-Affan dan Saidina Ali Karamullahuwajha untuk membentuk apa yang dipanggil sebagai Khulafah Ar-Rasyidin, khalifah-khalifah yang terpimpin 632-661 M. Kemudian naik cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan ibni Ali untuk memimpin ummah. Tetapi entah kenapa kepimpinan baginda kurang dinyatakan dalam sejarah sebaliknya terus ditekankan kepimpinan Muawiyah bin Abu Sufiyan (seorang pemimpin Quraish Mekah semasa awal dakwah Islamiah) yang berjaya merampas takhta kekhalifahan melalui tekanan dan tipu helah.

Muawiyah memulakan apa yang dipanggil pemerintahan Bani Umaiyah 661-750 M. Walaupun banyak kezaliman berlaku dalam pemerintahan mereka (kecuali pada zaman Umar Abdul Aziz) dunia Islam secara rata mengakui para pemimpin Umaiyah sebagai khalifah. Kemudian berlaku pemberontakan yang berjaya menjatuhkan mereka lalu naiklah keluarga keturunan Saidina Abbas, bapa saudara Nabi untuk membentuk pemerintahan Bani Abbasiyah.

Pemerintahan Bani Abbasiyah ternyata agak longgar sehingga muncul banyak kesultanan Islam yang berdiri sendiri menjalankan urusan secara autonomi. Namun Abbasiyah tetap dianggap sebagai lambang kekhalifahan ummah sehinggalah naik Dinasti Fatimiyyah di Mesir 909 M untuk mencabar kedudukan sebagai pemimpin utama ummah. Namun dalam cabaran menghadapi Perang Salib, muncul Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang terpaksa menjatuhkan kerajaan Fatimiyah demi menyatukan ummah.

Secara rasminya pemerintahan Bani Abbasiyah dianggap tamat apabila Baghdad diserang dan dikalahkan Hulagu Khan, cucu Genghiz Khan 1258. Namun ada ahli keluarga Abbasiyah yang terselamat lalu dipegang oleh kerajaan Mamluk yang merajai Mesir dan sekitarnya selepas kerajaan Ayubiyah yang diasaskan Sultan Salahuddin jatuh 1250. Anak cucu keluarga Abbasiyah ini terus dipegang buat beberapa lama menjadi semacam boneka untuk kerajaan Mamluk. Dalam tempoh masa yang sama terbit kerajaan Uthmaniah yang asalnya cuma menguasai kawasan kecil di Turki 1299 sebelum namanya mula bergema ke seantero dunia apabila Sultan Muhamad Al-Fatih berjaya mengalahkan empayar Rom Timur lalu menguasai ibukotanya Konstantinople (kemudian ditukar nama menjadi Istanbul) 1453.

Pada tahun 1517 kerajaan Uthmaniyah berjaya mengalahkan kerajaan Mamluk lalu meluaskan kekuasaannya ke atas banyak tanah Semenanjung Arab. Ketika itulah khalifah terakhir Bani Abbasiyah yang dipegang Mamluk, al-Mutawakkil III dibawa ke Istanbul di mana dia menyerahkan kekhalifahan kepada Sultan Selim I. Sejak itulah raja-raja Uthmaniah menjadi khalifah untuk umat Islam. Namun selepas beberapa lama perancangan musuh berjaya untuk melemahkannya dan akhirnya pada 3 Mac 1924 kekuasaan Uthmaniah dihapuskan langsung oleh Kamal Attartuk, boneka Barat yang diwar-warkan sebagai bapa Turki Moden.

Walaupun selepas itu Sharif Hussein daripada Mekah dikatakan mengambil alih jawatan khalifah ia cuma buat satu masa yang sangat pendek dan kedudukan yang dipegang kurang berfungsi kerana kerajaan Hijaz yang dipimpinnya, kerajaan pegangan keturunan Saidina Hassan selama 800 tahun pun sedang galak diserang musuh lalu jatuh. Cukuplah ditambah hari ini genaplah 88 tahun terhapus kerajaan Uthmaniah yang menandakan tamatnya kekhalifahan umat Islam. Satu perkara menarik... selepas Baitul Muqaddis jatuh ke tangan musuh tahun 1099, pada tahun 1187 iaitu 88 tahun kemudian ia dapat ditawan kembali oleh Sultan Salahuddin al-Ayubi. Selepas Uthmaniah jatuh baru Baitul Muqaddis kembali jatuh ke tangan orang kafir.

Selepas ini biar diletakkan panjang lebar sedutan berkaitan daripada buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang terbit November 2007. Hmm. Banyak ni, daripada mukasurat 237-252... bawah bab bertajuk "Aceh sekarang : Bilakah kembali Darussalam". Itupun sebenarnya tak sampai 5 peratus daripada analisa dalam buku yang menceritakan bagaimana kekuasaan Islam ke atas bumi ini boleh jatuh dan bagaimana ia kemudian akan dibangkitkan Allah, insyaallah. Inilah sedutan. Nak tahu lebih lanjut belilah buku... :]


---------------------


Cengkaman Republik Indonesia terhadap Aceh adalah satu natijah besar penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses untuk memalapkan syiar Islam dari mukabumi. Proses yang didalangi puak Yahudi Zioni dan rangkaian-rangkaian mereka ini bertujuan mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa ‘pilihan’... Maka itu, dalamgrand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan.

Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akibatnya, wilayah selatannya yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).

Keadaan ini bakal menerbitkan Israel, negara haram yang diwujudkan 1948 untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ Palestin yang diperolehi Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk menerbitkan negara Yahudi ini boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917. Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi:

“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Maksudnya: “Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain.”

Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris untuk membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak yang berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?

Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil the League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918. Pada 1922, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi pihak British atau Inggeris mandat besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947. Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakanthe international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

--------------------------------

Tidak menjadi rahsia konsep Zionisma yang meletak Yahudi sebagai bangsa terpilih yang harus memerintah dunia sebenarnya telah wujud lebih 2,000 tahun lalu sempena nama Bukit Zion ataupun Sion di Jerusalem. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman. Dengan ideologi politik berteraskan ‘kemuliaan’ bangsa Yahudi dan ‘hak semulajadi’ untuk memerintah dunia, Kongress Zionis 1907 menyaksikan tekad mereka untuk mendirikan negara Yahudi yang berpusat di Jerusalem. Apabila tamat Perang Dunia Kedua (1939-1945), the League of Nations dimansuhkan untuk memberi jalan kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tidak lama kemudian, mandat Inggeris untuk memegang Palestin pun tamat dan pada 1948, negara Israel pula didirikan dengan sokongan Bangsa-bangsa Bersatu!

Fikirkanlah… Apakah ini semua berlaku secara kebetulan ataupun dirancang? Pada sesiapa yang pernah membaca dokumen The Protocols of the Elders of Zion, bukankah ini menepatigrand-design atau rancangan besar jangka-panjang Zionis untuk menakluki dunia? Bukankah dokumen yang muncul sebelum abad ke 20 itu menyatakan mereka perlu menerbitkan beberapa perang dunia untuk mencapai matlamat ini? Malah ada kajian menyebut, Yahudi Zionis sudah membuat rencana untuk mencengkam dunia jauh lebih dahulu daripada kewujudan dokumen bertulis Protocols yang kemungkinan besar digariskan sekitar Kongres Zionis Sedunia 1897. Ini berdasarkan sebuah peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi-lokasi terpilih pada zaman-zaman tertentu, bermula dari Yunani 429 Sebelum Masihi, satu tempoh masa yang ‘kebetulan’ telah menyaksikan kewujudan golongan pendatang sophistyang menghalalkan sistem demokrasi (baca balik Jilid 2, bab Demokrasi vs. Raja-raja).

--------------------------------

Peta yang sama menunjukkan lilitan ular merangkumi Rome zaman Maharaja Augustus (69 SM), Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V (1552 Masihi), Paris 1790 (ketika Raja Louis XVI memerintah), London 1814 (selepas Napolean jatuh), Berlin selepas Perang Peranchis-Prussia (1871) dengan kepala ular berada di St. Petersburg, Russia 1881. ‘Kebetulan’ setiap tempat dan tempoh yang ‘disinggahi’ ular menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang mengubah suasana sosio-politik masyarakat setempat. Apakah peristiwa-peristiwa ini semuanya telah dirancang Yahudi Zionis?

Walaupun peta lama itu menunjukkan perjalanan ular ini ‘tamat’ 1881, para pengkaji percaya ia seterusnya ‘meliliti’ Amerika Syarikat awal abad ke 20. Ini bertepatan dengan penubuhanFederal Reserve, bank pusat Amerika yang mempunyai kesan yang amat besar dan menyeluruh terhadap perkembangan ekonomi dunia. Tidak lama kemudian, ular itu ‘kembali’ ke Russia, ke bandar-bandar Moscow, Kiev dan Odessa yang akan menjadi pusat-pusat militan Yahudi lalu menuju ke Istanbul, Turki (zaman Uthmaniyah) sebelum berakhir di Jerusalem wilayah Palestin.

‘Kebetulan’ lagi berlaku Perang Dunia Pertama yang menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sebelum ‘dipancung’ terus oleh pemimpin golongan “Turki Muda” yang pro-Barat dan anti-Islam, iaituMustafa Kamal Attartuk. Ini diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah ke tangan keluarga Bani Saud yang sangat memusuhi para Sharif anak cucu keturunan Rasulullah SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia menjadi anak-anak yatim-piatu lalu tidak mampu menahan objektif Zionis yang seterusnya... Mewujudkan sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin.

--------------------------------

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Muqaddis dianggap tanah suci penganut Islam, Kristian juga Yahudi. Ia jatuh ke tangan ummah penghujung abad ke 7 Masihi setelah bala-tentera Islam yang diketuai Panglima Amru bin Ash berjaya memukul mundur askar Rum dalam Pertempuran Yarmuk. Askar Islam pun bertemu ketumbukan baru musuh pimpinan Panglima Atrabun (Atravon) yang gagah berani lagi licik... Tetapi berkat petunjuk daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah, tentera ini berjaya diatasi sehingga mereka tersepit di Baitul Muqaddis.

Setelah lama terkepung, pihak musuh pun mengalah, Mereka menyerah diri dengan meminta Khalifah Umar sendiri datang mengambil kunci kota. Baginda memecah tradisi para pemerintah agung apabila datang dari Madinah menaiki unta bertemankan seorang bekas hamba sahaja! Sejak itu, Baitul Muqaddis terus diperintah Islam sehinggalah 400 tahun kemudian apabila ketua tertinggi gereja Khatolik, Pope Urban II ‘mendapat ilham’ lalu mengisytiharkan setiap penganut Kristian yang tampil ke hadapan untuk merampasnya akan diampunkan segala dosa dan dijamin masuk syurga.

Tahun 1096 menyaksikan 300,000 tentera gabungan Kristian daripada pelbagai kerajaan Eropah mendarat di Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium. Ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan Daulah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dengan Daulah Fatimiyah di Mesir untuk muncul sebagai pemerintah Islam terunggul, mereka merebut kembali beberapa wilayah taklukan Islam.Tiga tahun kemudian, seorang panglima utama mereka, Godfrey de Bouillon muncul sebagai wira Kristian apabila berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau pun diangkat menjadi pemerintah pertama kerajaan baru the Kingdom of Jerusalem.

--------------------------------

Kajian-kajian tertentu menunjukkan Godfrey juga adalah pemimpin tertinggi pergerakan Zionis lama yang dikenali sebagai Prieure de Sion (bahasa Peranchis) atau Priory of Sion di samping mengetuai kumpulan pahlawan militan Kristian Knights Templar yang sebenarnya adalah penyokong kuat Yahudi Zionis. Dia dikatakan berasal daripada keturunan raja-raja lama Dinasti Meronvingian yang pernah memerintah sebahagian besar Eropah Barat termasuk Peranchis dan German abad ke 5 hingga 8 Masihi.

Menurut satu dakwaan, keturunan ini terbit dari ‘perkahwinan’ Nabi Isa AS dengan Mary Magdelene. Rasul itu diketahui berasal daripada keturunan Nabi Daud AS, Raja Bani Israel yang memerintah di Jerusalem sekitar 1,000 tahun Sebelum Masihi... Lalu ada pihak menyebut Nabi Isa AS sebagai king of the Jews, raja orang-orang Yahudi yang tidak sempat bertakhta. Maka itu kemenangan Godfrey diwar-warkan sebagai sirih pulang ke gagang... Kononnya ‘keturunan’ Nabi Isa AS telah kembali untuk ‘mewarisi’ takhta pemerintahan Bani Israel yang berpusat di Jerusalem.

Di sini kita mesti berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah Yahudi Zionis…Ingat! Majoriti penganut Kristian mahupun Islam telah diajar untuk menolak apa-apa kemungkinan yang Nabi Isa AS pernah berkahwin... Maka itu siapakah sebenarnya Godfrey dan apakah hakikat asal-usul darah diraja Meronvingian? Apakah mungkin inilah keturunan jahat yang akan menerbitkan Dajal Al-Masih? Dajal bermata satu yang akan memimpin Yahudi untuk menakluki dunia akhir zaman nanti? Atau Dajal sudah pun wujud menunggu masa tercetusnya Perang Dunia Ketiga?

Apapun, kota suci Baitul Muqaddis yang mengandungi Masjidil Aqsa, tempat Rasulullah SAW bertemu rohani para Nabi terdahulu dan mengimami solat mereka sebelum Mikhraj ke langit akhirnya berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam. Sekitar 88 tahun kemudian, setelah beberapa kali berhempas-pulas dan berlaku pertempuran demi pertempuran besar-besaran melawan tentera-tentera Kristian dalam apa yang dikenali sejarah sebagai siri Perang Salib, muncullah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu umat Islam yang pernah berpecah-belah. Baginda menamatkan Daulah Fatimiyah di Mesir yang sudah terlalu lemah lalu menggabungkannya dengan kerajaan Islam lain untuk membentuk sebuah pasukan bersepadu. Ia ternyata cukup kuat untuk menghadapi askar-askar Kristian lalu satu demi satu ketumbukan tentera Salib berjaya dikalahkan sambil pasukan Islam mara ke sasaran...

Pada 4 Julai 1187, terjadilah pertempuran hebat di Hittin yang melemahkan kedudukan tentera Salib sehingga cengkaman ke atas Baitul Muqaddis menjadi longgar. Panglima Count Rainald de Chatilon yang bongkak telah membawa 45,000 askar menyeberangi padang pasir yang luas untuk ‘menamatkan’ riwayat Sultan Salahuddin tetapi terperangkap kehausan di Bukit Hittin kerana tidak membawa bekalan. Peluang ini digunakan baginda untuk menghapuskan tentera Salib sehingga tinggal beberapa ribu sahaja sebagai tawanan perang. Pada September 1187, tentera baginda mengepung Baitul Muqaddis... Serangan demi serangan dilakukan sehingga penduduknya tidak mampu lagi bertahan lalu mengaku kalah.

Kota itupun dikembalikan kepada pihak Islam secara aman. Sultan Salahuddin membenarkan orang Kristian kembali ke tanah-air masing-masing setelah menyerahkan senjata kepada tentera Islam. Mereka juga diberi sedikit waktu untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunda. Pada 2 Oktober 1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah, barulah baginda dan orang-orangnya memasuki kota suci ketiga umat Islam itu, bertepatan tarikh 27 Rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Muqaddis dalam peristiwa Israq dan Mikhraj 600 tahun lebih awal!

Orang-orang Kristian di Eropah tidak berpuas hati dengan kekalahan itu lalu cuba mengumpulkan kekuatan baru. Sejarah rasmi menyaksikan, sehingga penghujung abad ke 13, mereka terus melancarkan beberapa lagi siri Perang Salib untuk merampas kota tersebut tetapi masih tidak berjaya. Sebaliknya umat Islam terus berkuasa malah sanggup membenarkan penganut agama lain termasuk Yahudi hidup bebas di wilayah itu!

Sesetengah sejarahwan menyebut, dalam tempoh ini Baitul Muqaddis pernah sekali ditawan Kristian melalui Perang Salib ke-6 (1228-1229) yang dipimpin Maharaja Frederick II dari Empayar Rom. Tetapi ada pihak pula menyatakan kota itu sebenarnya diserahkan oleh Sultan al Kamil dari keluarga Ayyubi kerana maharaja Kristian itu telah menolongnya melawan al Mu’adham Isa dalam satu perang saudara. Apapun, Baitul Muqaddis berjaya ditawan kembali tentera Islam 1244. Percubaan demi percubaan tentera Salib seterusnya untuk menakluki kota itu gagal sama sekali lalu abad ke 14 dan 15 menyaksikan semangat mereka untuk melancarkan perang merosot semakin teruk. Usaha demi usaha pelbagai pihak selepas itu untuk menghimpunkan tentera Eropah yang cukup kuat pula ternyata tidak berjaya... Maka sampailah kita pada fasa baru dalam sejarah dunia.

Pada 29 Mei 1453, dunia terutama Barat digemparkan apabila Sultan Muhammad Al-Fateh daripada keturunan Uthman Khan Ghazi (pemerintah sebahagian besar Asia Minor 1281-1320) berjaya menakluki Konstantinople, pusat pemerintahan dan kubu terkuat Empayar Kristian Byzantium ataupun Rum Timur. Kemenangan yang menandakan bermulanya era kegemilangan keSultanan Turki Uthmaniyah itu amat bermakna kerana ia berlaku setelah lebih 800 tahun umat Islam berusaha menawan kota agung tersebut melalui 10 percubaan... Sejak zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan demi memenuhi Hadis Nabi yang menyatakan pusat Empayar Rum itu akan jatuh ke tangan orang Islam suatu hari nanti.

Sempena penaklukan Konstantinople yang melupuskan terus Empayar Rum Timur, Sultan Muhammad Al-Fateh turut dikenali sebagai Kaisar atau Maharaja Rom. Baginda juga menjadikan kotaraya agung itu sebagai pusat kerajaan yang diberi nama baru Istanbul. Agaknya Sultan inilah yang disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah sebagai Sultan Rum, raja besar bertaraf wali Allah yang ingin dilawati Hang Tuah. Hikayat itu menyebut pahlawan tersohor Melayu itu terpaksa menunggu berbulan-bulan semata-mata untuk mendapatkan peluang menatap wajah sang raja!

Selepas 30 tahun memerintah, Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat 1481 lalu digantikan anakandanya Sultan Bayazed (memerintah hingga 1512). Sultan ini membina angkatan laut yang diakui semua pihak sebagai yang terunggul di Laut Mediterranean malah di dunia! Maka tidak hairanlah jika pentadbiran Baitul Muqaddis turut jatuh ke tangan Uthmaniyah... Malah para pemerntah kerajaan ini mula diiktiraf umat Islam sedunia sebagai pewaris keKhalifahan seluruh ummah yang pernah terputus apabila Baghdad, pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah dihancurkan puak Mongol pimpinan Hulagu Khan, cucu kepada Genghiz Khan 1258.

Sejak itu, kerajaan Uthmaniyah mengambil peranan menjaga Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib. Kecanggihan kelengkapan tentera mereka menyebabkan benteng peperangan ciptaan Uthmaniyah sangat susah digugat sehingga pihak Eropah hilang punca bagaimana mahu menanganinya. Lalu sejarah rasmi mencatatkan kuasa-kuasa Barat mula menumpukan perhatian dan tenaga untuk ‘menerokai’ dunia luar terutama setelah Christopher Columber menemui Amerika 1492. Betulkah mereka tidak berminat lagi menakluki Baitul Muaqaddis atau ia cuma taktik Yahudi Zionis untuk melumpuhkan umat Islam dengan cara lain?

Ada cerita-cerita lama menyebut, keSultanan-keSultanan di luar Timur Tengah termasuk Perlak, Samudera-Pasai dan Melaka di Nusantara juga berperanan mempertahankan Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib sepertimana askar-askar Kristian daripada England, Sepanyol dan Peranchis sanggup berjalan kaki atau belayar beribu batu untuk turut sama berperang. Lagipun penganut Islam seluruh dunia termasuk orang Melayu sudah lama berulang-alik menunaikan haji, umrah atau mengaji di Mekah dan Madinah. Apalah hendak dihairankan jika mereka turut menyahut panggilan jihad? Maka Samudera-Pasai dan Melaka nanti akan diserang Barat kerana terlibat sama dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Dengan menjajah keSultanan-keSultanan di luar lingkungan Timur Tengah terutama di Afrika, benua Hindi dan Nusantara, kuasa-kuasa Barat juga boleh memotong jalan-jalan pelayaran yang menghubungkan kerajaan-kerajaan Islam sambil mengaut bahan mentah dan galian yang perlu untuk memperkasakan lagi angkatan perang. Ini terbukti apabila mereka melancarkan Perang Dunia Pertama yang akan menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sehingga Baitul Muqaddis terlepas, setelah berjaya menjajah semua kerajaan Islam di luar Timur Tengah abad ke 16 hingga 18 kemudian menawan jajahan takluk Uthmaniyah di sekitarnya abad ke 19. Kebetulan (atau termasuk dalam program?), tahun 1492 yang merupakan tahun keramat ‘peningkatan ketamadunan’ Barat telah menyaksikan kejatuhan empayar Islam di Eropah Barat apabila Andalusia, kotaraya keilmuan megah yang menjadi contoh penyemarak tamadun Eropah jatuh ke tangan tentera gabungan Kristian Sepanyol. Apakah ia juga berkait dengan ‘semangat’ baru Barat untuk ‘meneroka’ dunia luar?

Fikirkanlah tajam-tajam dan renungkan dengan mendalam… Walaupun zahirnya penaklukan demi penaklukan ke atas wilayah Islam zaman berzaman dilakukan kuasa-kuasa Barat yang sering bertelagah, bukankah ini menunjukkan corak lilitan ular yang memulakan ‘permainan’ dengan melingkungi kawasan luar sebelum melilit masuk ke lapisan dalam? Lalu apabila lilitan itu kukuh, ular Zionis inipun membelit sambil mematuk pusat keKhalifahan di Turki yang terperanjat sehingga boleh terlepas Baitul Muqaddis daripada genggaman... Dan untuk memastikan mangsa tidak mampu bangkit memerdekakan kota suci itu lagi, ular ini mencengkam taringnya dalam-dalam lalu meresaplah racun golongan pro-Barat anti-Islam yang akan menghancurkan keSultanan Turki buat selama-lamanya!

--------------------------------

Bermula dari Sultan Selim I (memerintah 1512-1520), Sultan-sultan Uthmaniyah menyandang gelaran Khadamul Haramain anugerah Sharif Mekah yang bermakna penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah. Zaman pemerintahan Sultan Suleiman Al-Qanuni (1520-1566) atauSuleiman the Magnificent pula tercatat sebagai puncak kegemilangan Uthmaniyah dengan jajahan takluknya meliputi hampir seluruh utara Afrika sehingga ke sempadan Maghribi dan seluruh pantai barat Semenanjung Arab termasuk Yaman... Sempadan timurnya sampai ke pinggir barat Laut Kaspian, meliputi lembah subur Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengandungi Baghdad sementara sempadan barat-laut meliputi hampir seluruh Eropah Timur sehingga ke tepian bandaraya Vienna, pusat kekuasaan Kristian dan empayar keluarga diraja Hapsburg zaman itu. Ditambah penguasaan ke atas Laut Mediterranean dan Laut Hitam, Daulah Uthmaniyah menjadi empayar terbesar dan terkuat di dunia zaman itu.

Adat dunia ibarat pergerakan roda, ada naik, mesti ada turun... Kuasa terbesar Islam itu mula menunjukkan bibit-bibit kejatuhan apabila angkatan bersatu Eropah berjaya mengalahkan angkatan lautnya dalam Perang Lepanto di Yunani 1571. Ketika itu, empayar Uthmaniyah sedang diperintah Sultan Selim II (1566-1574), seorang raja yang menurut catatan Barat adalah pemerintah yang lemah. Mungkin Barat terlalu membandingkan baginda dengan ayahandanya yang dikenali seluruh Eropah sebagai Suleiman the Magnificent? Raja inilah yang terlibat dalam peristiwa “meriam lada secupak” yang terkenal di Aceh di mana utusan dari bumi Serambi Mekah telah dihantar ke Istanbul dengan membawa sebuah kapal penuh lada hitam sebagai belanja perjalanan dan untuk ditukarkan dengan meriam-meriam buatan Turki demi mempertahankan keSultanan Melayu itu daripada serangan Portugis yang mula bermaharajalela di Nusantara.

Pemerintah Aceh ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar (1539-1571) berharap untuk mendapatkan pertolongan Sultan Suleiman yang telah lama dikenalinya tetapi apabila utusannya sampai, raja agung Uthmaniyah itu baru sahaja mangkat. Sultan Selim pula sibuk menghadapi ancaman demi ancaman perang Barat menyebabkan rombongan daripada Aceh terpaksa menunggu berbulan-bulan. Mereka kehabisan belanja dan bekalan lalu terpaksa menjual lada yang dibawa sedikit demi sedikit sehingga tinggal secupak... Kemudian baru berpeluang menghadap Sultan dan mendapatkan peralatan seperti meriam juga bantuan ketenteraan.

Pada 1568 Aceh mula menyerang Portugis di Melaka dengan bala-tentera hebat yang mengandungi askar Turki serta peralatan mereka. Portugis nyaris tewas tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang Melayu Johor, satu fakta yang cuba diperkecilkan Barat kerana tidak mahu mengaku akan kalah jika tidak kerana pengkhianatan Melayu. Sebab itu Aceh menyerang Johor 1570... Sejarah rasmi yang diwarnai Barat pula menyebut mereka berbuat begitu kerana ego dan tamak mahu menguasai Selat Melaka dalam apa yang dikenali sebagai Perang Tiga Segi...

Apapun, abad ke 18 menyaksikan Turki Uthmaniyah semakin lemah. Pada 1774, Turki dikalahkan Russia setelah enam tahun berperang. Akibatnya mereka terpaksa membenarkan kuasa Barat itu mengunakan laluan berhampiran Istanbul yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Hitam lalu mendedahkan pusat pemerintahan kerajaan kepada serangan seterusnya. Pada 1783, buat pertama-kali keSultanan penaung ummah itu kehilangan wilayah apabila Rusia berjaya menakluki Semenanjung Crimea di utara Laut Hitam. Lalu abad ke 19 menyaksikan wilayah jajahan takluknya mula terlepas satu demi satu melalui pelbagai faktor termasuk siri peperangan dengan Russia juga serangan-serangan Inggeris dan Peranchis ke atas wilayah-wilayah di Afrika sehingga Turki Uthmaniyah mula mendapat gelaran “Orang sakit Eropah”!

Inggeris, Peranchis dan Russia juga pernah berpakat dengan Yunani yang berada di dalam lingkungan kekuasaan Uthmaniyah untuk menyerangnya sehingga timbullah Perjanjian Adrianople 1829 yang menyaksikan Yunani bebas daripada pengaruhnya dan Russia menguasai persekitaran kuala Sungai Danube di Laut Hitam. Sambil itu kuasa-kuasa Barat terus menyerang bahagian luaran empayar terutama di utara Afrika sehingga wilayah Algeria pula jatuh ke tangan Peranchis diikuti Tunisia 1830. Inggeris pula berjaya menguasai Cyprus (1878) dan Mesir (1882).

Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918)... Lalu buat pertama kali dalam tempoh lebih 700 tahun, umat Islam sedunia kehilangan Palestin yang mengandungi Baitul Muqaddis. Kenaikan golongan pro-Barat dan anti-Islam yang diterajui boneka Eropah bernama Mustafa Kamal Attaturk pula bertindak memastikan keSultanan Uthmaniyah terus terkubur sehingga Turki ditukar menjadi Republik. Lalu hilanglah naungan zahir keKhalifahan Islam... Sampailah masa untuk menjatuhkan naungan kerohanian ummah yang berpusat di Mekah…

--------------------------------

Mekah mengandungi Baitullah, rumah ibadat pertama di muka bumi ini. Mengikut ceritanya, ia asalnya diturunkan dari syurga semasa zaman Nabi Adam AS tetapi diangkat kembali ke langit semasa berlaku banjir Nabi Nuh AS. Beribu tahun kemudian, barulah rumah ibadat yang serupa didirikan kembali oleh Nabi Ibrahim AS dan anakanda baginda Nabi Ismail AS di tapak yang sama dengan salah sebiji batu asalnya dari syurga, Hajaratul Aswad diletakkan pada satu sudut. Sejak itu Baitullah menjadi tumpuan berjuta pengunjung zaman-berzaman. Maka itu secara tradisionalnya, ia berada di bawah jagaan anak cucu Nabi Ismail AS yang beranak-pinak di sekitar terutama kaum Quraish yang menjadi bangsawan utama Arab.

Dari satu pecahan kaum ini muncul pula Bani Hashim sebagai suku-kaum yang paling terkemuka dan berwibawa lalu menjadi khadamul haramain, penjaga kota suci ini sejak lebih 1,500 tahun lalu. Penguasaan ini berterusan sehingga Muawiyah merampas takhta keKhalifahan secara helah daripada cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan. Ketika itu Madinah yang pernah dikenali sebagai Yathrib telah menjadi kota suci Islam. Kota suci yang diisytiharkan Rasulullah SAW sebagai Tanah Haram kedua selepas Mekah ini juga mengandungi Masjid Nabi dan makam baginda. Maka itu apabila keluarga Bani Hashim berjaya menguasai kembali Mekah awal abad ke 13 melalui Sharif-sharif Mekah yang merupakan anak cucu Saidina Hassan, Madinah juga menjadi amanah pegangan keluarga turun-temurun berserta wilayah persekitarannya yang dikenali sebagai Hijaz.

Sebab itu apabila keKhalifahan Turki Uthmaniyah berjaya ‘dibungkus’ melalui perancangan jangka panjang yang dilengkapi Perang Dunia Pertama, Yahudi Zionis merasa wajib untuk menghapuskan pemerintahan para Sharif yang memiliki daulat Nabi pula... Tetapi oleh kerana kedua-dua Tanah Haram ini adalah pusat agama yang syumul, ia perlu dijatuhkan atas nama agama juga, atas nama pembaharuan gerakan mujadid yang kononnya ingin memurnikan kembali ajaran Islam yang dikatakan sudah kotor.

Pada 1924, muncullah seorang ketua Arab Badwi bernama Abdul Aziz ibnu Saud. Dengan sokongan puak Wahabi, golongan ‘pembela’ agama yang tiba-tiba boleh menjadi lebih pandai dan suci daripada anak cucu Rasulullah SAW yang sudah berkurun-kurun mengamalkan pengajian mendalam Islam, mereka berjaya menawan Mekah kemudian Madinah menggunakan slogan “mengembalikan Islam kepada asalnya” seterusnya menakluki wilayah Hijaz untuk menubuhkan kerajaan Arab Saudi.

Ramai yang lupa atau tidak sedar, gerakan gabungan keluarga Bani Saud yang membawa fahaman Wahabi itu sebenarnya disokong Barat yang pernah mengapi-apikan rakyat empayar Uthmaniyah dengan sentimen nasionalis Arab . Melalui sentimen inilah jajahan takluk meluas di utara Afrika, semenanjung Arab dan wilayah utaranya (Palestin, Jordan, Syria…) serta sebahagian bekas empayar Parsi yang telah diduduki bangsa Arab sejak zaman keKhalifahan Saidina Umar 1,400 tahun lalu telah disuruh membenci Khalifah-khalifah Uthmaniyah yang berbangsa Turki.

Kejatuhan empayar besar Islam itu menyebabkan Mekah dan Madinah kehilangan pelindung lalu turut jatuh. Hilanglah keKhalifahan Islam zahir dan batin zaman berzaman dan jadilah umat Islam seluruh dunia anak-anak yatim-piatu yang kehilangan naungan juga pegangan. Wilayah jajahan takluk Uthmaniyah yang merangkumi jarak beribu batu dipecah-belahkan menjadi negara-negara tersendiri yang diberi para pemerintah boneka sementara sinar kerohanian Mekah dan Madinah pula dikekang para Khadamul Haramain baru yang zahirnya kelihatan Islam tetapi batinnya bersifat Yahudi. Ini telah menyebabkan ramai pewaris kerohanian dua Tanah Haram melarikan diri jauh daripada kefasikan berleluasa yang mula bermaharaja-lela di tanah-tanah Arab. Dan sasaran utama mereka ialah Nusantara, bumi yang menaungi ramai Ahlul Bait, anak cucu keturunan Nabi yang telah terlebih dahulu belayar membawa diri akibat penindasan terdahulu oleh para pemerintah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Buku-buku sejarah rasmi dunia mencatatkan penemuan Amerika 1492 oleh Christopher Columbus adalah titik permulaan kuasa-kuasa Barat mula berminat ‘menerokai’ dunia selain Eropah dan wilayah sekeliling yang menjadi medan permainan mereka sejak zaman kegemilangan Yunani 2,500 tahun lalu. Pelayar terkenal Vasco de Gamma pula dicatatkan sebagai orang Eropah pertama menemukan laluan pelayaran ke India 1498 lalu membuka jalan untuk mengenali dunia sebelah Timur melalui laut. Ini adalah natijah daripada pengembaraan Bartholomew Diaz 1488 yang berjaya menemui laluan selamat melepasi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di penghujung selatan benua Afrika yang terkenal sebagai kawasan bahaya ribut taufan. Warga Eropah pun mula mengenali tamadun-tamadun Islam Timur yang hebat seperti keSultanan Delhi yang menguasai benua Hindi sejak abad ke 13 serta keSultanan Melaka yang menguasai jalan perdagangan Timur-Barat sehingga pusatnya Kota Melaka dikenali sebagaiVenice of the East sempena Venice di Italy, kota paling makmur di Eropah zaman itu.

Barat mula berdagang di Nusantara terutama dalam spice trade, perniagaan rempah, satu komoditi penting yang sangat diperlukan di Eropah tetapi dikawal melalui Melaka. Maka muncullah ungkapan terkenal penulis Portugis bernama Barbarosa: “Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”. Sesiapa yang memerintah Melaka tangannya mencekak leher Venice. ‘Pos-pos’ perniagaan Barat mula didirikan di lokasi-lokasi penting seperti kota Melaka juga pusat kerajaan Samudera-Pasai… Tidak lama kemudian, Portugis ‘mendapat ilham’ untuk menakluki Goa di India (1510) dan kota Melaka (1511) sebelum ‘bersahabat’ dengan Haru di Sumatera untuk menakluki Pasai (1514)... Semuanya atas alasan untuk menguasai perdagangan dan itulah yang disebut dalam sejarah rasmi dunia.

Sekarang fikirkan… Adakah sejarah yang dikemukakan ini benar dan tepat? Kalau benar Vasco de Gamma adalah orang Eropah pertama menemui jalan ke India, bagaimanakah pemikir purba Yunani, Ptolemy yang diakui sejarahwan Barat sebagai salah seorang ahli falak dan pelukis peta (cartographer) teragung dahulukala boleh bercerita malah melukis sebuah peta purba yang agak lengkap tentang Golden Chersonese iaitu Semenanjung Tanah Melayu lebih 2,000 tahun lalu? Bagaimanakah orang Eropah zaman itu boleh mengenali Semenanjung sebagai bumi kaya-raya penuh emas malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang sebagai sebuah lokasi utama Solomon’s Treasure, harta peninggalan Nabi Sulaiman?

Bagaimana pula tentang Marco Polo, pengembara Barat abad ke 13 dari Venice, Italy yang terkenal dengan kisah pengalamannya merentasi jalan darat the Silk Road atau Jalan Sutera yang menghubungkan Eropah dan Asia sampai ke benua China ketika ia sedang diperintah Kublai Khan (1216-1294), cucu Ghengiz Khan? Bukankah catatannya menyebut beliau pernah sampai dan singgah di Ferlec, ataupun Perlak 1292 melalui jalan laut yang merentasi Laut Cina Selatan dan Selat Melaka? Ketika kerajaan lama Islam itu sudah diserapkan ke bawah pemerintahan keSultanan Samudera-Pasai yang sedang dirajai pengasasnya Sultan Malikus Salih?

Kitab Hikayat Aceh pula menyinggung kedatangan awal Portugis di bumi Serambi Mekah apabila menyebut kisah kerajaan Mahkota Alam berjaya menakluki Darul Kamal menggunakan meriam daripada kapal Barat yang tenggelam di perairannya. Kajian rasmi sejarah menyatakan, ini berlaku semasa Sultan Munawar Shah memerintah 1490-1497, raja yang bertanggungjawab menyatukan kedua-dua kerajaan tersebut untuk membentuk keSultanan Aceh Darussalam. Fikirkanlah. Bagaimanakah kapal Barat itu boleh muncul dan tenggelam di perairan Aceh sedangkan sejarah rasmi dunia mendakwa orang Eropah baru mengenali laluan laut melepasi Afrika ke India melalui pelayaran Vasco de Gamma 1498?

Barat juga nampaknya cuba mewarnakan ‘ekspedisi’ mereka ke Timur sebagai innocent, sekadar demi memenuhi naluri mengembara seterusnya berdagang. Tetapi dengan menggunakan alasan ‘pedagang’ mereka ‘diganggu’ pemerintah tempatan seperti yang pernah terjadi di Melaka, mereka mampu menakluki Goa (1510), Melaka (1511) dan Pasai (1514) dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan mereka sebenarnya sudah lama merancang untuk menakluki keSultanan-keSultanan Islam di Timur.

Ia adalah taktik jangka-panjang untuk menghancurkan kekuatan umat Islam sejagat yang diterajui Khalifahan Utmaniah di Turki, kuasa ketenteraan yang terhebat di dunia zaman itu. Bukankah sejarah membuktikan, penaklukan kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia yang berjalan lancar abad 17- 19 akhirnya menyaksikan kerajaan Uthmaniyah di Turki terkepung tanpa bantuan? Lalu melututlah ia apabila kalah kepada kuasa gabungan Barat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Bukankah kekalahan itu menyebabkan Baitul Muqaddis terus terlepas daripada tangan umat Islam setelah sekian lama? Dan sampai sekarang ia tidak aman akibat penindasan demi penindasan yang dilakukan puak Yahudi Zionis.

Portugis yang merupakan kuasa laut terkuat Eropah abad ke 16 telah diberikan tugas untuk menundukkan Nusantara kerana Yahudi Zionis tahu Hadis Nabi tentang kebangkitan Islam daripada Timur.Tetapi terbukti keSultanan Aceh yang mewarisi peranan Melaka dan Samudera-Pasai amat liat untuk ditundukkan. Kemunculan Sultan Ali Mughayat Shah selepas kejatuhan Melaka 1511 menyaksikan baginda berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil yang berpecah-belah di bumi Serambi Mekah lalu menghalau Portugis keluar dari Samudera-Pasai (1524). Seterusnya baginda menakluki Haru supaya penjajah tidak boleh lagi bertapak di Sumatera.

Portugis cuba memperkudakan Johor pula untuk menawan Haru. Sebaliknya mereka dan sekutu Melayu itu telah dihalau keluar lagi malah kedudukan Portugis di Melaka pula tersepit akibat serangan demi serangan tentera Aceh. Selepas lebih seratus tahun mencuba, ternyata kuasa Barat itu tidak dapat memenuhi misi Yahudi Zionis di Timur. ‘Kebetulan’ pula tanah-air mereka di Eropah ditakluki Sepanyol 1580... Maka sampailah masanya untuk Belanda, kuasa laut baru Eropah abad ke 17 menonjolkan diri, kuasa besar yang jauh lebih licik dan kaya dengan tipu-helah sehingga berjaya menggunakan armada tentera Aceh untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka seterusnya menduduki kota itu 1641.

Cerita ini ada dipanjangkan dalam Jilid 2, bab penutup bertajuk Perang Aceh-Portugis di Melaka1629. Di samping itu, untuk memastikan supaya ancaman Aceh dapat dikekang dan Barat boleh terus mengembangkan sayap, Yahudi Zionis telah merosakkan teras kerohanian rakyat bumi Serambi Mekah melalui konflik akidah seperti dihuraikan dalam bab “Angkara Nuruddin: Mulanya kejatuhan Aceh”. Tidak lama kemudian muncul Inggeris, kuasa terkuat Eropah selepas kekalahan panglima besar Peranchis dalam Perang Waterloo 18 Jun 1815. Selepas berjaya menakluki kebanyakan keSultanan di rantau ini, mereka pun ‘membelah-dua’ lalu memfaraidkan Nusantara melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824.

Kedua-dua pihak ini diberi peranan tertentu dengan Belanda meningkatkan cengkaman ke atas wilayah-wilayah yang bakal menjadi Republik Indonesia sementara Inggeris ‘mengendalikan’ Singapura dan wilayah-wilayah yang bakal menjadi Malaysia. Sebab itu apabila bumi Serambi Mekah berjaya diduduki Belanda 1873, mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya ia tidak dapat berdiri gagah lagi... Cara paling utama, lupuskan terus keSultanan Aceh dan ini dilakukan 1903.


Nota: Ini adalah artikel ke 961 di blogspot ini. Selalunya saya akan menyebut sesuatu artikel itu yang keberapa apabila nombornya simetrikal (mula dan hujung sama, misalnya 909). Tapi hari ini tergerak menyebut 961 kerana nombornya agak cantik juga, bersamaan 31 kuasa 2 atau 31 x 31...

Jumaat, Mac 02, 2012

Mencari petunjuk di rumah 'Ugik' Sungai Rambai





Selepas seminar tamat saya dan Zam mengikut Raja Syukri ke Sungai Rambai di mana terdapat rumah ini.



Kalau ikutkan kami mahu terus kembali ke rumah saya di Bandar Tasik Puteri di mana Zam meninggalkan keretanya apalagi Sungai Rambai yang terletak berhampiran sempadan Johor adalah setengah jam perjalanan ke arah yang berlawanan.



Tetapi menurut Raja Syukri (tengah gambar), orang yang mengajaknya ke sini (kami panggil Prof, berbaju putih kanan) memberitahu di rumah ini terdapat sejumlah lembaran salasilah terutama berkaitan kerabat diraja Bugis.



Katanya ada sekali salasilah Raja Ali, Marhum Pulau Bayan, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke 5.


Itu yang membuat saya terasa patut ke sini. Kerana menurut petunjuk yang saya dapat 2 bulan lalu, Raja Ali ini (ada ramai kerabat diraja Bugis yang namanya sama) yang merupakan anakanda kepada Yang Dipertuan Muda ke 3, Daeng Kemboja ibni Daeng Parani adalah moyang saya sebelah ibu.


Adapun ibu saya namanya Rahimah @ Ramlah binti Ismail bin Hussin bin Betak.



Betak atau Daeng Betak dikatakan membuka Parit Betak di Pontian, Johor sekitar tahun 1910. Menurut saudara mara di Pontian yang baru saya kenali tahun lepas, beliau adalah anakanda kepada Daeng @ La Makuaseng yang membuka Parit Makuaseng, juga di Pontian.




Kemudian seorang daripada mereka menambah. Katanya Daeng Makuaseng adalah anakanda kepada Daeng Parani, saudara tertua antara Lima Daeng Bersaudara yang sangat terkenal membentuk suasana sosia-politik di Empayar Johor-Riau-Lingga bermula tahun 1720an.




Namun saya mendapati antara Daeng Makuaseng dengan Daeng Parani ada kelompongan masa yang memakan tempoh sehingga 150 tahun. Jadi logiknya mesti ada beberapa generasi memisahkan mereka. Lihat artikel lama Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu. Dalam lawatan saya dan keluarga ke Pulau Bentan Disember tahun lepas pula baru saya mendapat dua lagi nama untuk mengisi kelompongan generasi. Itulah Raja Ali ibni Daeng Kemboja. Lihat Kembara Johor-Riau - Makam-makam di Hulu Riau dan alamat salasilah ibu.



Tetapi masih ada kelompongan dua atau tiga nama yang perlu diisi untuk melengkapkan salasilah Bugis sebelah ibu. Sebagai nota, ibu kepada ibu pula berdarah Jawa dan itu ada ceritanya tersendiri, cerita yang membawa saya untuk menerbitkan buku terbaru, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah". Lihat artikel Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Lihat juga video rakaman temuramah televisyen di sini... Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Saya pergi ke rumah yang merupakan muzium kecil peribadi ini dengan harapan dapat menemukan nama-nama belah Bugis yang dicari.



Melihat perkataan La Galigo teringat bengkel buku yang dihadiri sempena Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC bulan Januari. Lihat artikel La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis.




Tuan rumah ini adalah dari keturunan Tok Kepau, seorang bangsawan Bugis yang membuka Sungai Rambai.



Tadi sambil saya bercerita tentang pencarian salasilah ibu kita telah melihat gambar-gambar yang kebanyakannya berkaitan dengan kerabat diraja Selangor. Untuk pengetahuan Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu adalah anakanda kepada Daeng Chelak, seorang daripada Lima Daeng Bersaudara. Di sebelah sini pula kami melihat gambar-gambar berkaitan kerabat diraja Johor.


Kerabat diraja Johor amat bangga dengan darah Bugis yang dimiliki.


Mereka suka menyebut asal-usul keturunan daripada Daeng Parani.



Hakikatnya, nasab mereka yang menyambung ke Daeng Parani itu dari belah perempuan, bukan laki-laki. Nasab utama mereka iaitu nasab lelaki atas lelaki sebenarnya adalah dari Sultan Abdul Jalil IV ibni Bendahara Tun Abdul Majid.



Sultan Abdul Jalil adalah bendahara yang menaiki takhta empayar Johor-Riau-Lingga selepas Sultan Mahmud mangkat dijulang, katanya tanpa meninggalkan walau seorang pun waris. Dengan itu zuriat keturunan Raja-raja Melaka di Johor dikatakan tamat, satu perkara yang terasa sangat pelik kerana kalau pun Sultan Mahmud tiada meninggalkan keturunan saya percaya masih ada kaum kerabatnya dari keturunan Sultan Melaka yang boleh menaiki takhta Johor. Tidak lama kemudian muncul Raja Kecil daripada Siak mengaku sebagai anak Sultan Mahmud lalu menuntut takhta. Raja Kecil berjaya mendapatkan sokongan sebahagian rakyat lalu dapat memerintah empayat buat beberapa waktu.




Sultan Abdul Jalil akhirnya dibunuh atas arahan Raja Kecil. Atas sebab itu dan beberapa hal lain, seorang anaknya yang dikenali sebagai Raja Sulaiman meminta pertolongan Daeng Lima Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengalahkan Raja Kecil. Dengan itu Raja Sulaiman dapat menaiki takhta sebagai Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Untuk membalas jasa Daeng Lima Bersaudara, jawatan dipanggil Yang Dipertuan Muda Riau pun dicipta untuk dipegang mereka turun-menurun. Ia adalah jawatan kedua paling tinggi dalam empayar.



Anak Sultan Abdul Jalil yang lebih tua menjadi bendahara iaitu Bendahara Tun Abbas. Seorang anakanda Tun Abbas menjadi Temenggung bernama Abdul Jamal yang berkahwin dengan Raja Maimunah puteri kepada Daeng Parani (hasil perkahwinannya dengan Tengku Tengah ibni Sultan Abdul Jalil) . Daripada pasangan tersebut terbitlah temenggung-temenggung Johor. Cicit Abdul Jamal, Temenggung Ibrahim dapat menguasai negeri dengan pertolongan Inggeris. Anaknya Temenggung Abu Bakar kemudian memakai gelaran Maharaja diikuti Sultan. Anak cuculah yang memerintah Johor hingga sekarang.




Saya pernah diberitahu kalau ikut kepekatan darah diraja Bugis, nasab moyang saya sebelah ibu iaitu daripada Daeng Betak lebih kuat dan pekat daripada nasab kerabat diraja Johor. Apapun biar dilihat ke dalam rumah merangkap muzium persendirian yang diberi nama Ugik ini, merujuk pada anak-anak Bugis.


Terdapat banyak lagi gambar di dalam. Tetapi saya dah malas nak ambil satu persatu lagi...


Terdapat juga koleksi senjata dari berbagai jenis...



Sini ada cerita berkenaan dua orang tokoh yang dikaitkan dengan Bugis. Tetapi saya lebih suka membaca cerita Tok Laji yang makamnya pernah saya ziarahi setahun lalu. Lihat artikel Balik Muar Raya Cina : Makam Tok Laji dan Makam Raja Melewar.



Sini pula ada cerita Tok Kepau, tokoh Bugis pembuka Sungai Rambai yang merupakan nenek moyang kepada tuan rumah juga kepada Prof yang membawa kami ke sini.




Saya, Zam dan Raja Syukri sebenarnya menumpang kereta Prof ke sini. Kereta saya ditinggalkan di Seri Negeri. Nanti Prof akan hantar kami kembali ke sana kerana dia menetap di sekitar bandaraya Melaka.



Sebuah salasilah besar dibentangkan di lantai dengan salasilah lebih kecil diletakkan di atasnya. Tuan punya rumah yang bernama Ja'afar memiliki beberapa gulung salasilah besar sebegini yang dicatatkannya sendiri hasil kajian merujuk kepada beberapa sumber termasuk keluarga. Sayangnya salasilah Bugis berkenaan Daeng Lima Bersaudara yang dimilikinya lebih menunjukkan anak keturunan Yang Dipertuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ibni Daeng Chelak. Tiada nama disambungkan ke bawah Yang Dipertuan ke 5 Raja Ali.

Saya sedikit hampa tapi tak mengapalah. Saya percaya tetap akan muncul petunjuk baru nanti. Buat masa ini biar diletakkan beberapa nama anak cucu Raja Ali seperti tercatat dalam kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad ibni Raja Haji. Semoga Allah mencucuri rahmat atas usaha merekodkan sedikit fakta yang tak seberapa ini lalu memberikan lebih banyak ilmu. Merujuk pada anak-anak Raja Ali...


Adapun laki-lakinya pertama Raja Isa - ialah beranakkan Raja Yaakub serta saudaranya dan ibunya Raja Wok dan lagi anaknya Raja Idris...

Kedua Raja Ismail ia-lah yang beristerikan Raja Siti anak Raja Abdul Samad beranakkan Raja Muhammad Haji dan Raja Mahmud dan Raja Sulaiman...

Ketiga Raja Basok ia-lah beristerikan Raja Sharifah anak Raja Endot, beranak ... seorang laki-laki bernama Raja Sulong.

Keempat Raja Yunus ialah beristerikan Raja Habibah, anak Raja Idris saudara marhum yang dipertuan Raja Jaafar, beranakkan Raja Haji dan Raja Tengah dan Raja Kecil.

Kelima Gusti Hussain - tiada anak cucu di sebelah Riau melainkan di sebelah Mempawah (di Kalimantan).

(Keenam) Raja Hassan beristerikan anak Marhum Jaafar yang bernama Raja Seni

Ketujuh Raja Jaafar beristerikan Raja Saudah anak Marhum Jaafar, tiada beranak melainkan anaknya dengan gundek seperti Raja Hussain dan Raja Jumaat (Kota Lukut) dan Raja Abdullah dan Raja Muhammad dan lain-lain laki-laki...

Kedelapan Raja Kassim beristerikan Raja Habibah janda saudaranya Raja Yunus.



Nota : Kiranya artikel ini memecah satu macam 'keseimbangan'. Adapun sebelum ia dibuat sudah ada 959 artikel di blogspot ini, 909 di BERPETUALANG KE ACEH dan 888 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).