Dalam artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh yang dibuat malam hingga pagi Jumaat ada disebut bagaimana saya mendapat panggilan isteri mahu beranak ketika menulis artikel tersebut. Semalam petang nama anak iaitu Muhammad Alauddin Johan telah didaftarkan. Sekarang eloklah diteruskan penceritaan perjalanan selatan 10-18 Disember 2011. Bersambung dari Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor.
Sabtu 17 Disember. Setelah bermalam di rumah keluarga kepada seorang kawan rapat di tenggara daerah Kota Tinggi kami pun menyambung sesi ziarah dan lawatan. Oh, tarikh 17 tu mungkin ada makna. Ini kerana anak baru saya yang bernama Muhammad Alauddin Johan itu dilahirkan 17 Februari.
Pergi ke Teluk Sengat di mana boleh kelihatan jambatan panjang menyeberangi Sungai Johor yang meluas.
Sebelum ini saya sampai melalui jalan hadapan ini. Kelihatan Sungai Johor di latar belakang. Jalan ini memerlukan kita masuk lebih jauh ke kawasan kampung menghampiri pinggir sungai sebelum naik ke bukit.
Tarikan utama di sini tentunya bekas kota yang didirikan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II tahun 1540 Masihi gitu. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Melaka.
Dalam lawatan kali ini baru saya melihat ke dalam muzium. Lihat artikel Muzium (Museum of) Johor Lama di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kemudian kami ke makam di sebelah belakang.
Katanya ini adalah makam Sultan Alauddin Riayat Shah II. Selepas Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511 ayahandanya Sultan Mahmud telah berundur lalu memerintah daripada Bentan. Di sanalah Sultan Alauddin dilahirkan. Apabila Sultan Mahmud mangkat di Kampar 1528, Sultan Alauddin menggantikan ayahandanya untuk memerintah bekas jajahan Empayar Melaka yang kemudian dikenali sebagai Empayar Johor-Riau-Lingga.
Baginda kemudian membuka kota Johor Lama. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Alauddin Riayat Shah II Johor.
Seterusnya kami kembali ke bandar Kota Tinggi lalu singgah di muziumnya. Lihat Muzium (Museum of) Kota Tinggi. Agak pelik kami melihat, di kala pihak muzium di Johor Lama yang dinaungi Jabatan Muzium Negara menyokong kewujudan makam Si Bongkok sebagai berada di Tanjung Belungkor (rujuk balik Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor), pihak muzium Kota Tinggi yang dinaungi kerajaan negeri Johor seolah-olah tidak tahu atau menafikannya.
Dari situ kami keluar bandar melalui jalan ke Johor Bahru. Berhenti sebentar di jambatan mengambil gambar. Lihat artikel Johor river from Kota Tinggi town bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas beberapa lama berjalan kami membelok ke arah Kluang. Jalan membawa kami lalu ke pekan Sayong, sama namanya dengan tempat yang terdapat di Perak... siap ada labu sayongnya sekali...
Saya tidak tahu makam-makam ini milik siapa. Yang pasti terdapat sejumlah kerabat diraja dari keturunan Melaka disemadikan di sini, mungkin termasuk kaum keluarga terdekat Sultan Alauddin Riayat Shah II. Lihat :-
Asalnya hari itu kami juga berhajat untuk menziarahi makam-makam kerabat di Bukit Seluyut, Panchor, Batu Sawar dan beberapa lagi tempat di sekitar Sungai Johor, makam para pemerintah Empayar Johor-Riau-Lingga dari keturunan Sultan Alauddin dan kaum keluarga mereka. Tetapi masa tidak mengizinkan kerana kami juga harus menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara dua pupu saya di Bandar Tenggara selepas Zohor.
Petang selepas jam 5 gitu baru kami menyambung perjalanan... berpatah balik ke Kota Tinggi melalui jalan sebelah utara melepasi kawasan lombong berdekatan air terjun sebelum menuju ke Tanjung Sedili. Singgah di satu tempat melihat aliran sungai. Lihat Sedili river just before Tanjung Sedili.
Asalnya kami mahu ke Tanjung Sedili untuk menikmati hidangan telur belangkas... setelah mendapat tahu ada tempat menternak belangkas dan restoran hidangan istimewa berasaskannya, melalui kaca televisyen.
Tetapi kami sudah puas memakan telur belangkas di Kota Tinggi hari sebelumnya (rujuk balik artikel Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor). Namun tempat ini tetap akan disinggahi kerana saya mahu mengambil gambar Sungai Sedili untuk koleksi blogspot. Lihat Sedili river at Tanjung Sedili.
Sebelum meninggalkan Tanjung Sedili kami singgah dahulu di masjidnya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Ar Raudah, Tanjung Sedili.
Walaupun ketika itu sudah masuk Maghrib, saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar sungai di sekitar ini. Lihat Sedili river at the main bridge.
Seterusnya kami menuju ke satu bahagian semenanjung berdekatan yang mengunjur keluar ke Laut Cina Selatan. Di sini terletak pekan seberang sungai yang dipanggil Sedili Besar, pekan yang menghadap kuala. Lihat Sedili river estuary from Sedili Besar.
Saya kemudian singgah di masjid berdekatan lalu turut mengambil gambar. Dengan tak dirancang ia membentuk artikel ke 888 di blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Al Muttaqin, Sedili Besar.
p/s: Selepas membuat artikel sokongan terakhir di blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk cerita ini, saya mendapati hits counter situ menunjukkan nombor 132388. Apabila hendak membersihkan isi recycle bin, saya mendapati telah menggunakan 88 buah gambar dalam proses penyedian artikel-artikel sokongan diikuti artikel ini. Nombor daftar surat beranak anak baru saya pula berakhir dengan 888. Hmm... :]