Khamis, Julai 07, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Legasi Long Yunus

Sempena tarikh hari ini 7 Julai 2011 atau 7/7/11 kita teruskan penceritaan hari ke 8 perjalanan ke Pantai Timur yang sudah masuk tahun baru 2011. Tentunya lebih cantik kalau cerita dibuat 8/8/11. Tapi kalau nak tunggu sebulan lagi baru nak buat jawabnya sampai ke raya le tak habis lagi siri ni woo. Maka bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan.




Dari tempat membuat batik tradisional di Kampung Tok Panjang kami terus ke bandaraya Kota Bahru.









Jalanraya terasa lapang, perjalanan terasa santai sempena cuti tahun baru.





Relaks sat kat pintu gerbang berdekatan Masjid Muhammadi dan Istana Jahar.





Kemudian terasa mahu membawa keluarga ke Istana Batu yang telah dijadikan Muzium Diraja.



Di dalamnya terdapat salasilah yang mengaitkan kerabat diraja Kelantan sekarang dengan kerabat diraja dahulu. Untuk pengetahuan kerabat diraja sekarang berasal daripada kerabat diraja Patani yang datang ke Kelantan hampir 300 tahun lalu. Terdapat juga salasilah mengaitkan mereka dengan keturunan Nabi Muhammad SAW. Lihat artikel Istana Batu (The Batu palace), Kota Bahru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).





Keluar daripada muzium ternyata hari dah hujan. Kami teruskan perjalanan dengan menyeberangi bandaraya.









Hampir ke Langgar hujan sudah reda.





Singgah sebentar melihat Masjid Langgar. Lihat Masjid (Mosque of) Langgar, Kota Bahru.





Kemudian masuk ke kawasan pemakaman diraja. Lihat Makam diraja (Royal mausoleum of) Langgar, Kota Bahru.





Saya mengambil peluang untuk membawa keluarga menziarahi makam Long Yunus, orang yang dikatakan pengasas kesultanan moden Kelantan. Kenapa disebut begitu? Rasanya elok juga dibaca kembali apa yang sudah ditulis di dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman yang dibuat hampir sebulan lalu. Kemudian baca artikel Makam (Tomb of) Long Yunus yang dibuat semalam.

Biar diberitahu pemerintah Kelantan seterusnya semua berasal dari keturunan Long Yunus, orang yang bertanggungjawab mengalih pusat kerajaan ke Kota Bahru. Mereka dan kaum kerabat terdekat dimakamkan di sini. Lihat Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century) dan Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century).


Menariknya, raja-raja Patani sejak pertengahan abad ke 18 juga adalah daripada keturunan Long Yunus. Di kawasan pemakaman di raja Langgar ini terdapat makam dua orang Raja Patani... saya tak sebut Sultan kerana walaupun mereka turut dipanggil Sultan selain Raja Patani keadaannya berbeza. Pada zaman mereka kesultanan Patani asal yang gah dan memiliki wilayah yang luas telah dikuasai Siam lalu dipecah belahkan menjadi beberapa wilayah kecil, satu daripadanya sahaja yang memakai nama Patani. Lihat Makam Tengku Putih, Raja Patani (Tomb of Tengku Putih, Raja of Patani) dan Makam Tengku Abdul Kadir, Raja Patani terakhir (Tomb of Tengku Abdul Kadir, last Raja of Patani).


Bangunan kayu ini pula mengandungi makam-makam kaum kerabat tertentu. Ada dua ruang sebenarnya. Satu daripadanya mengandungi makam-makam kaum keluarga terdekat politikus terkenal Tan Sir Razaleigh Hamzah dan Tengkus Anis, bonda kepada Sultan Kelantan sekarang. Lihat Makam keluarga (Family tombs of) Engku Besar Yusof dan Makam keluarga (Tombs of the family of) Tengku Zainal Abidin.