Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini pula adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

-------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Friday, July 02, 2010

Projek buku keretapi : Kembali dari Hatyai daaa...

Aduh! Saya sebenarnya kebelakangan ini begitu malas hendak menulis. Tetapi saya harus meneruskan juga cuba menamatkan penceritaan jika mahu bergerak ke hadapan masuk ke fasa kehidupan seterusnya. Maka itu nak tak nak, malas tak malas semalam dan hari ini saya telah membuat sejumlah 8 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH... agar dapat menyokong penceritaan di artikel ini, artikel penutup untuk perjalanan ke utara dalam rangka-kerja projek buku keretapi...

OK. Dalam artikel lepas Projek buku keretapi : Ipoh ke Hatyai... telah diceritakan bagaimana kami sampai ke Hatyai kemudian berjalan-jalan sebelum singgah ke masjid terdekat iaitu Masjid Pakistan. Petang itu juga kami kembali ke stesyen keretapi Hatyai. Disebabkan masa terhad dan komitmen kerja lain kami harus kembali ke Malaysia menaiki keretapi sama yang digunakan untuk sampai... setelah berada di Hatyai cuma sekitar 5 jam sahaja, mungkin kurang!


Perjalanan pun diteruskan hingga ke Padang Besar...



Selepas selesai proses pemeriksaan immigresyen kami melepasi Perlis lalu ke Kedah...


Dari satu segi perjalanan kembali ini ada persamaan dengan perjalanan pergi. Jika dari Ipoh ke Hatyai kami sampai di sekitar Gunung Jerai ketika hari mula siang, kali ini pula kami lalu ketika malam mula mencengkam...



Kami turun di Bukit Mertajam...




Kemudian mengambil bas ke Butterworth untuk bermalam di sana.





Ini adalah gambar keesokan pagi diambil daripada bilik hotel murah kami yang terletak tidak jauh daripada stesyen keretapi Butterworth.




Kenapa kami harus menaiki keretapi dari sini, kenapa tidak terus sahaja ke Kuala Lumpur dari Hatyai? Ini kerana kami mahu mendapatkan gambar siang hari tempat-tempat antara Butterworth ke Ipoh yang tidak dapat diambil hari sebelumnya. Ingat, kami pergi ke Hatyai dengan berlepas dari Ipoh selepas tengah malam. Lihat Butterworth train station.







Pemandangan waktu siang ternyata indah dengan cuaca cantik terang-benderang. Ketika ini kami masih berada di dalam wilayah Butterworth atau Seberang Perai yang merupakan sebahagian daripada negeri Pulau Pinang.





Oh. Dari Butterworth harus lalu di Bukit Mertajam...





Dapatlah melihat jambatan unik yang ada dengan terang... setelah sampai di stesyen keretapi sini 2 kali dalam kegelapan. Lihat The station of Bukit Mertajam.







Ini kalau tak salah ingatan adalah berdekatan stesyen Bagan Serai.







Seterusnya kami berhenti di Parit Buntar. Terperanjat saya melihat gambar ini kerana terasa macam alien atau makhluk asing pula tangan yang kelihatan. Rupa-rupanya saya terambil gambar tangan orang sekali. Lihat artikel bertajuk Parit Buntar station.




Sawah padi mula memenuhi pemandangan apabila kami kembali berjalan. Tetapi tidaklah seluas apa yang terdapat di Kedah saujana mata memandang...





Keretapi mula menyeberangi Tasik Merah salah satu tempat dengan pemandangan paling menarik dalam perjalanan ini. Lihat The lake called Tasik Merah.







Seterusnya kami berhenti di Taiping. Lihat Taiping and its station....





Jalan menyeberangi bukit-bukit menghala ke Kuala Kangsar juga agak menarik. Lihat The hills on the way to Kuala Kangsar.







Dari Kuala Kangsar ke Ipoh boleh kelihatan bukit dengan puncak tajam, bukit yang menurut sesetengah orang ada kena-mengena dengan kerajaan purba Gangganegara. Lihat On towards Ipoh... kemudian baca artikel lama Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua..





Oleh kerana tempat-tempat dan pemandangan antara Ipoh dan Kuala Lumpur telah pun dipaparkan dalam artikel terdahulu kita terus sahaja ke KL. Lihat The railway museum at Kuala Lumpur old station. Dengan ini penceritaan siri "Projek buku keretapi" dikira selesai buat masa ini. Settle ! :]