Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini pula adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

-------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Sunday, June 07, 2009

Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor

Seperti disebut dalam artikel Baru nampak buku Rumah Azan kat kedai, issshhh!!!! tadi, artikel ini juga cuma mahu dilepaskan setelah proses penterjemahan buku Ahlul Bait melepasi 350 mukasurat. Tetapi sementara saya masih tersangkut di mukasurat 336 lagi akibat kepala jam, biarlah dilepaskan segalanya yang perlu hingga ke artikel ini ya. Mari!


Sabtu lepas, setelah kepala saya jam teruk ketika terjemahan melepasi mukasurat 255 gitu, saya dan isteri pun membuat keputusan untuk berjalan-jalan di Kuala Selangor yang terletak lebih kurang 20km dari rumah kami. Kami naik ke Bukit Melawati yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal kesultanan Selangor lalu mendapati semua meriam yang ada dibungkus kain kuning. Apa ini? Sedangkan kami sudah banyak kali ke sini, belum pernah lagi melihat semua meriam yang ada dibungkus begini. Selalunya yang dibungkus cuma meriam di kawasan pemakaman diraja, atas sedikit dari masjid lama pekan Kuala Selangor.


Kami terfikir apakah ini kerana ada alamat tertentu? Lebih-lebih lagi kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak suara-suara sumbang yang mempersoalkan akan relevannya institusi diraja di Malaysia terutama sejak berlaku kemelut besar politik di Perak. Kemudian saya ternampak penjaga rumah api di puncak bukit lalu bertanya tentang meriam berbalut kuning ini. Katanya ringkas: "Sultan Selangor cuma membayar nazar setelah selamat kembali dari pembedahan jantung baru-baru ini."

Hmm... Sultan Selangor membayar nazar dengan membungkus kain kuning pada setiap meriam lama di Bukit Melawati? "Tidak," kata isteri saya. "Rasanya ada sebab lain lagi".


Oh, sebenarnya kami naik lagi ke Bukit Melawati untuk memastikan sekali lagi kedudukan sebenar kuala Sungai Selangor dari atas. Selama ini kami telah beberapa kali ke Kuala Selangor tetapi petang Sabtu, sebelum menaiki Bukit Melawati baru kami pertama kali melihat kuala sebenar Kuala Selangor sedangkan pekan Kuala Selangor itu sendiri terletak 2-3 km dari kuala sungai. Jadi kami mahu melihat kembali di manakah laluan yang diambil jika dilihat dari atas bukit.

Lihat artikel-artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian ya... moga-moga saya dapat menyambung kembali kerja penterjemahan buku Ahlul Bait malam ini dengan lancar tanpa sakit-sakit badan mahupun kepala. Doakan saya ya. :]

Kuala Selangor Nature Park - The Selangor river mouth at last!

Kuala Selangor Nature Park - Looking at what's available including the wildlife

Kuala Selangor Nature Park - Sizing up the paths...


Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?




OK. Saya sebenarnya mahu menyambung cerita pengalaman umrah ini dengan satu sub-title baru yang berbunyi begini "11 kali 3 perkara" di mana saya mahu menceritakan tentang 3 perkara yang dibuat masing-masing 11 kali semasa di Mekah. Sebaliknya apabila memikirkan kembali kesinambungan cerita berdasarkan tajuk artikel umrah sebelum ini iaitu Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh, elok dilepaskan cerita yang ini dahulu, satu cerita yang melibatkan pertemuan dengan seorang gadis baru yang menyebabkan hari-hari saya di Mekah semakin menenangkan. Maka muncullah sub-title "Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?". Selain itu saya juga baru mendapat ilham bagaimana siri ini harus diteruskan sebelum ditamatkan Insyaalah sebelum saya dan isteri berlepas ke Aceh pada Isnin hadapan. Disebabkan siri "Cerita An-Nur" dahulu dilepaskan menjadi 11 bahagian, maka siri "Umrah 2005" pula saya mahu hadkan ke 8 bahagian sahaja. Sekarang sudah ada empat:-

Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok ,

Umrah 2005 - Susahnya nak berhenti rokok!

Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan...

Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh

Maka campur artikel ini sudah jadi 5. Maka kiranya tinggal 3 lagi bahagian ya dan biarlah diumumkan sub-titlesnya terus iaitu "11 kali 3 perkara", "Lain-lain tempat di sekitar Mekah" dan akhir sekali "Gua Hira' dan Jabal Nur". Sub-titles ini mungkin berubah sedikit apabila saya betul-betul mula bercerita nanti tetapi jalan ceritanya Insyaallah tidak banyak berubah. Apa-apapun sabar dahulu yek.

Adapun saya membuat pengumuman tentang tajuk-tajuk yang akan datang kerana menyedari apa yang mampu saya ingat tentang perkara yang berlaku di Mekah tidak semestinya dapat diatur menurut turutan masa yang tepat. Jadi daripada dipaksa mengingat sampai "pecah kepala" bagaimana turutan sebenar sesuatu itu berlaku biar dilepaskan sahaja apa yang mampu diingati pada ketika saya sedang menulis ini ya. Mari...

Saya ada menyebut tentang Nur, juga bekas isteri dan anak. Tak disangka pula, secara spontan dalam berdoa itu terkeluar kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini: "Moga-moga aku mendapat jodoh dengan satu orang baru yang belum pernah dikenali", dalam keadaan menghadap Ka'abah dari sudut yang betul-betul bertentangan dengan Hajaratul Aswad.


Sambil itu, seperti disebut dalam artikel-artikel "Umrah 2005" lebih awal, saya sering dilanda rasa marah-marah, mungkin akibat penangan cuba berhenti merokok di tanah suci selain geram melihat gelagat orang Wahabi yang kelihatan begitu benci terhadap penghormatan tinggi yang diberikan kepada apa-apa perkara berkaitan keluarga Nabi (saya rasa ini lebih elok diterangkan dalam cerita bersub-title "Lain-lain tempat di sekitar Mekah" nanti). Sambil itu saya juga sering terasa gelisah apabila teringatkan bekas isteri dan anak juga masalah tentang Nur sendiri. Dan saya turut dilanda masalah sering terasa 'gatal' apabila melihat segala macam perempuan di Mekah.

Allah! Mungkin inilah dugaan yang didatangkan untuk saya di Mekah. Selama beberapa hari saya sering sahaja bergelut dan bertekak dengan orang-orang Arab di tengah keramaian orang-ramai yang berhimpit-himpit di Masjidi Haram juga di hadapan Ka'abah sendiri. Semasa tawaf wajib ketika membuat umrah, Alhamdulillah saya dapat menahan marah tetapi apabila keluar dari keadaan umrah, ketika itulah kemarahan saya jadi meluap-luap terutama apabila tersepit ketika cuba mencium Hajaratul Aswad, pergi ke Makam Ibrahim, Hijir Ismail juga Multazam ataupun pintu Ka'abah. Lebih parah lagi apabila timbul rasa 'gatal' ketika berjalan-jalan malah ketika tawaf (walaupun saya berusaha keras melawannya).

Kalau ketika di luar umrah boleh le juga... saya sekadar melayan bermain-main mata dengan perempuan-perempuan Timur Tengah terutama Arab walaupun setakat dapat melihat mata dan sedikit kulit muka melalui purdah hitam. Yang jadi masalahnya apabila bertawaf di mana ada ketikanya kita tidak dapat mengelak dari terlanggar atau tergesel dengan perempuan. Sedangkan saya sebagai lelaki cuma memakai pakaian ihram yang tidak berjahit, hampir-hampir seperti memakai tuala sahaja yang diikat sedikit elok tetapi di dalamnya tetap bertelanjang bulat!

Boleh kata hampir setiap masa saya terpaksa beristighfar, sesekali bertalu-talu mengetuk-ngetuk kepala lutut. Masyaallah! Bertahun-tahun saya cuba melawan rasa marah dengan nafsu gatal terhadap perempuan, kini di hadapan Ka'abah, rumah Allah di Mekah semuanya seperti mahu 'terlucut'. Dalam keadaan inilah saya bertemu dengan seorang gadis baru. Tanpa disangka selepas itu hilang rasa-rasa marah juga gatal terhadap perempuan malah rasa gelisah memikirkan masalah bekas isteri dan anak juga Nur.

OK. Yang saya ingat perhubungan dengan gadis ini bermula dalam perjalanan pulang dari satu tempat bernama Jiranah, sekitar 2 jam perjalanan gitu dari Mekah. Adapun gadis ini adalah satu jemaah dengan saya, orang Kedah tapi mukanya lebih bercirikan orang Arab dengan mata besar bulat bulu mata lentik hidung mancung, memang cantik dan menarik orangnya. Cuma dia berkulit sawo matang sedangkan saya lebih meminati orang yang berkulit putih merah. Tapi tu le... walaupun saya lebih meminati orang berkulit putih, hakikatnya saya juga pernah 'tersangkut' dengan orang lain berkulit sawo matang seperti Nur sendiri walaupun sawo matangnya lebih kemerahan. Bekas isteri saya pula memang berkulit gebu putih melepak tetapi akhirnya kami tidak sehaluan. Jadi rupa-paras yang disukai dengan sifat seseorang mungkin berlawanan dengan apa yang boleh membahagiakan kita...

Adapun jemaah kami dalam perjalanan kembali dari Jiranah setelah melawat beberapa tempat. Bab berjalan ini akan dihuraikan di bahagian lain cerita ya. Sebenarnya beberapa hari itu saya ada juga tersedar tentang gadis cantik manis ini malah sejak di lapangan terbang di KLIA lagi saya sudah memerhati. Rasanya dalam jemaah kami yang berjumlah sekitar 30 orang gitu, dialah perempuan paling cantik. Cuma saya harus memerhati juga jika dia ada suami atau penjaga laki-laki turut serta bersama.

Entah kenapa, dalam perjalanan dari Jiranah itu dia duduk seorang diri di kerusi paling belakang bas sedangkan saya duduk cuma 2-3 kerusi di hadapan, orang lain semuanya lebih dekat dengan pemandu bas. Dari situlah saya tergerak menegur, tengok-tengok kami mula lancar bercerita. Lalu baru saya tahu dia datang bersama seorang ibu saudara kalau tak salah ingatan dan belum lagi berkahwin, cuma bakal bertunang dengan seorang pemuda dari Kuala Lumpur. Dan kalau tak salah ingatan di atas bas itu juga saya mendapat tahu dia sudah lama memerhatikan saya. Katanya dia terlihat saya mendukung dan bermain-main dengan anak semasa di KLIA. Tersenyum saya lalu memberitahu, yang didukung itu anak buah, anak kepada adik perempuan saya.

Sejak itu kami mula rapat. Kami sejemaah duduk di hotel yang sama kira-kira 300 meter sahaja dari pintu masuk Masjidil Haram yang membawa ke kawasan sai'e antara Safa dan Marwah. Oh, di Mekah ini saya juga duduk dalam satu bilik bersama orang paling tua dalam jemaah kami, orang tua berumur lebih 70 tahun seperti ada disebut dalam artikel Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan... Dari bilik ke bilik kami boleh berhubung dengan jemaah lain melalui telefon secara percuma. Geleng kepala orang tua itu melihat saya mula sering bergayut di telefon bercakap dengan gadis dari Kedah itu sedangkan saya sendiri juga terasa pelik. Rasanya kali terakhir saya sering bergayut begitu lama adalah ketika berumur 18-19 tahun dulu. Dah rasa macam teenager atau remaja baliklah pulak...

Hmm.... saya rasa elok kita panggil gadis ini F sahaja ya. Ketika itu F berumur 24 tahun, muda 2 tahun sahaja daripada An-Nur yang nyaris-nyaris menjadi isteri saya lebih awal tahun 2005... boleh kira sama muda le. Cuma F tidak 'gila' seperti An-Nur malah kedengaran jauh lebih matang daripada umur sebenarnya. Kami mula bercerita pelbagai perkara, dari prinsip hidup membawa ke kenangan zaman remaja. Macam-macam perkara terkeluar sehingga saya terasa semakin seronok dan serasi dengannya.

OK, saya tak ingat bilakah perkara seterusnya berlaku. Yang saya tahu jemaah lain dapat menghidu perhubungan kami yang semakin rapat dan ada yang kurang senang, tak tahulah kenapa. Mungkin ada yang memikirkan saya sebagai seorang pemuda yang sudah berumur 35 tahun ketika itu mengambil kesempatan ke atas gadis muda berumur 24 tahun. Ibu saudara saya yang memimpin jemaah kami bersama suaminya juga kurang senang dan ada menegur saya. Dia sampai peringkat memberitahu F yang saya sudah beristeri dan memiliki seorang anak.

Ya, memang saya sudah beristeri dan memiliki seorang anak tetapi kami sudah bercerai sejak tahun 2003. Dalam saya meluahkan hal ini kepada F, terkeluar juga cerita tentang Nur, tentang dilema saya berkaitan bekas isteri dan anak juga tentang Nur yang telah berkahwin dengan seorang politikus muda. Saya juga mengaku bahawa Nur lah yang membiayai saya dalam perjalanan umrah ini sedangkan saya sudah lama tidak bekerja. F yang boleh tahan tinggi pengetahuan agamanya menerima keadaan saya lalu meminta saya agar melupakan terus Nur. Katanya tiada masalah saya mengingati bekas isteri dan anak tetapi Nur sudah menjadi milik orang. Mengingatinya boleh menganggu ibadah umrah...

Pada suatu hari saya keluar bertawaf keliling Ka'abah. Saya sudah lupa apakah ia sebahagian dari umrah (saya buat umrah banyak kali, nanti diceritakan) atau sekadar tawaf sunat. Yang pasti, sambil bertawaf 7 kali itu saya meminta Allah agar membuat saya lupa langsung kepada Nur. Sampai satu ketika saya mula menangis teresak-esak di dalam hati lalu perasaan itu mula jadi tidak tertanggung sehingga terkeluar menjadi tangisan sedu buruk seorang lelaki, sampai terhenjut-henjut bahu di hadapan Ka'abah. Nasib baik le ramai juga orang lain turut menangis secara terbuka di sana, masing-masing mengadukan masalah dan kelemahan diri sendiri kepada Ilahi...

Sekembalinya ke hotel saya menceritakan apa yang berlaku kepada F. Kata F dia dapat merasakan apa yang berlaku pada saya tadi walaupun dia tiada bersama. Saya mula terasa amat selesa dengan F. Pada satu hari, saya mengajak F pergi ke Masjidil Haram bersama sejurus sebelum masuk waktu Asar. Sebelum kami berpisah untuk ke saf lelaki dan perempuan, saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada.

Saya dah lupa bagaimana susun-atur perkataannya tetapi bunyinya lebih kurang begini: "I don't know if you are the right one but I don't want to regret not taking the chance when my happiness might be staring right in front of my eyes" (Saya tak tahu jika kamulah orangnya untuk saya tetapi saya tak mahu menyesal akibat tidak mengambil peluang jika kebahagian saya itu terletak di hadapan mata... kira gitu le...). Gadis itu terdiam. "Kita sambung cerita lepas solat le" katanya sebelum berlepas pergi.

Sejurus selepas solat kami bertemu lagi. Kali ini mukanya kelihatan begitu berseri-seri. Saya tak ingat bagaimanakah perbualan kami seterusnya bermula. Yang pasti, dia bersetuju untuk menjadi milik saya malah terang-terang kami mula berbincang tentang kemungkinan akan berkahwin walaupun dia sebenarnya sudah merancang mahu bertunang dengan seorang pemuda lain apabila kembali ke tanah air nanti.

Saya cuba mengujinya. Kata saya apakah reaksinya jika Nur sudah bercerai kemudian mahu kembali kepada saya sedangkan saya dan F sudah pun berkahwin. Katanya ringkas. Itu masalah besar tanpa menambah apa lagi kata-kata. Tentunya ini adalah jawaban biasa mana-mana wanita yang tidak mahu berkongsi kasih. Tentang bakal tunangnya di Kuala Lumpur pula, katanya serahkan kepada Allah.

Sejak itu kami berbual-bual seperti satu pasangan yang bakal berkahwin. Pelik kan boleh berlaku perkara ini di Mekah? Sekurang-kurangnya saya tidak marah-marah lagi, tidak lagi gatal melihat perempuan (jangan ingat saya gatal dengan F ya, saya cukup seronok berbual-bual dengannya walaupun dia memang seorang wanita yang menarik baik dari segi personaliti mahupun rupa paras tubuh badan). Dan saya juga tidak lagi gelisah memikirkan hal bekas isteri dan anak juga tentang Nur. Dengan itu biar ditamatkan bahagian cerita ini...

p/s: Gambar di atas cuma gambar hiasan diambil dari Internet. Harap maklum... :]

Baru nampak buku Rumah Azan kat kedai, issshhh!!!!

Assalamualaikum. Sebenarnya saya cuma bercadang mahu membuat apa-apa posting baru di blogspots saya selepas berjaya menterjemahkan lagi isi buku "Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan kesultanan Melayu) sehingga melepasi 350 mukasurat. Untuk pengetahuan posting sebelum ini, artikel bertajuk Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh dibuat awal pagi Rabu selepas dapat melepasi 300 mukasurat.


Petang Rabu itu saya dan isteri berjalan-jalan di sekitar Ampang... tergerak pula untuk masuk ke kompleks membelah-belah Ampang Point setelah agak lama tidak ke sana. Kami pun singgah ke beberapa kedai termasuk kedai buku Popular yang tersergam cantik di tingkat 2 ke 3. Tengok-tengok ada satu pandangan yang menarik perhatian...


Tu dia, buku keempat saya yang bertajuk "Rumah Azan". Walaupun buku ini telah dilancarkan semasa berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 iaitu pertengahan April, baru kali ini saya dapat melihatnya terpampang untuk dijual di kedai-kedai. Walhal sebelum ini saya ada juga cuba menjengok ke beberapa kedai tetapi tidak kelihatan. Apakah kerana memang tiada atau sudah habis dijual?

Yang pasti ia bukan berada di setiap kedai tetapi kedai-kedai buku yang terpilih. Misalnya saya pernah cuba mencari di MPH Mid Valley Megamall tapi tak jumpa. Bila dilihat di dalam komputer kedai, memang tertera tajuk "Rumah Azan" bermakna ia sudah sampai tetapi jumlah yang wujud atau quantity available adalah 0, kosong.

Apapun artikel ini cuma membuka luahan rasa pergerakan kerja dan bercerita. Anda boleh membaca artikel terdahulu bertajuk Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk sedikit lagi cerita tentang buku ini. Seperti disebut atas tadi saya bercadang cuma mahu menulis di blogspots lagi setelah proses penterjemahan buku Ahlul Bait melepasi 350 mukasurat. Sebaliknya saya asyik jam lagi lalu Jumaat malam Sabtu saya dan isteri tergerak untuk pergi masuk ke Janda Baik, Pahang. Siangnya saya dapat menterjemah sehingga 333 mukasurat. Petangnya baru kami mengorak langkah kembali ke Kuala Lumpur seterusnya ke rumah di Bandar Tasik Puteri.

Ingatkan malam itu saya mampu membuat lagi 17 mukasurat untuk mencukupkan 350. Tengok-tengok kepala saya jam lagi selain penat lalu berhenti pada 336 mukasurat. Melihatkan saya tak dapat meneruskan, saya buat dahulu satu lagi terjemahan sukarela untuk website http://www.shiar-islam.com/. Selepas itu terus terasa penat yang amat sangat. La ni, dah masuk Zuhur baru saya dapat membuat artikel ini. Lepas ni kena pergi kerja kahwin jiran, petang atau malam nanti baru boleh sambung kerja perterjemahan buku Ahlul Bait kot?

Wednesday, June 03, 2009

Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh

Alhamdulillah, malam tadi saya berjaya melepasi mukasurat 300 dalam usaha menterjemah buku "Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan kesultanan Melayu" . Seperti disebut dalam Buku Ahlul Bait yang membuat saya pening, rindukan anak dan hal-hal lain... , usaha penterjemahan itu tergendala hari Sabtu membawa ke hari Ahad akibat kebuntuan fikiran sehingga membuat saya terasa perlu membuat luahan kurang enak melalui artikel itu.

Sebenarnya hujung minggu itu saya bercita-cita untuk menyiapkan 300 mukasurat buku setelah berjaya melepasi 255 mukasurat pada hari Jumaat. Tetapi petang Isnin baru saya dapat menyambung. Kiranya syukur amat le saya sudah melepasi paras 300 mukasurat yang boleh dikira satu pyschological resistance (cheh! macam bercakap tentang stock market le pulak, mintak-mintak le lepas ni bull market, chewah!).

Sejak hari Ahad itu saya ada menyimpan niat akan turut membuat terjemahan sukarela satu lagi artikel daripada website http://www.shiar-islam.com/. Ini telah dibuat lewat malam tadi lalu saya telah meletakkan hasilnya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekarang biarlah disambung cerita pengalaman umrah tahun 2005 ya.

OK, saya sebenarnya tidak ingat berapa hari berada di Madinah. Yang pasti memang sekurang-kurangnya tidur di sana 2 malam. Lalu sampailah waktu untuk ke Mekah dan betul-betul membuat umrah (perjalanan di Madinah cuma dikira ziarah).

Kami meninggalkan Madinah selepas makan pagi kalau tak salah ingatan. Sebahagian ahli jemaah sudah pun bersedia berpakaian ihram sementara yang lain cuma menukar pakaian di Masjid Bir Ali, luar sedikit dari Madinah.

Untuk pengetahuan, Bir Ali ialah tempat miqat iaitu tempat mula memakai ihram sambil menetapkan niat untuk menunaikan umrah bagi mereka yang datang ke Mekah dari arah Madinah. Ah, banyak yang sudah lupa tetapi saya tulis terus aje le apa yang boleh ingat ya. Seperti biasa, saya menulis terus ke blogspot, bukan menulis awal di mana-mana lalu saya ceritakan segala apa yang patut dan boleh diingat secara spontan.

Kalau tak salah ingatan, selepas memakai pakaian ihram, kami perlu memasang niat ihram kemudian solat sunat dua rakaat. Apabila sudah masuk dalam keadaan ihram, banyak pantang larang perlu dituruti. Misalnya tidak boleh membunuh apa-apa binatang, tidak boleh memotong kuku atau mencabut bulu badan malah kita dilarang menggaru tubuh badan yang gatal, ditakuti ada bulu roma yang tertanggal. Malah kalau luruh kulit kering secara sengaja pun tak boleh! Jadi perkara macam korek hidung yang boleh dikatakan hobi sambilan kebanyakan lelaki pun janganlah difikirkan, malah tidak boleh mengorek apa-apapun jenis lubang badan. Suami isteri dilarang melakukan persetubuhan dan apa-apa bentuk perkara yang boleh mendatangkan keghairahan. Larangan ini berterusan selagi kita belum selesai segala syarat umrah. Kalau dilanggar juga kena le bayar dam, kalau tak salah seekor kambing bagi setiap satu kesalahan!

Nasib baik kita boleh kentut dan batal air sembahyang, Kalau tak naya wooo.... dari Madinah ke Mekah tu bukan dekat, lebih 400km jugak. Enam jam perjalanan, kalau tak berhenti kencing pun mesti sesekali ada rasa nak terkentut.

Kami akhirnya sampai ke Mekah. Terkedu besar apabila melihat Masjidil Haram tertera di hadapan mata, lebih terkedu lagi kerana ia adalah pertama kali saya melihat Ka'abah secara live. Masyaallah! Tak mampu rasanya untuk menyatakan perasaan sebenar ketika itu.

Apapun proses umrah harus diteruskan. Mula-mula tawaf 7 kali mengelilingi Ka'abah bermula dari garis yang setentang dengan Hajaratul Aswad. Allah! Sekali lagi saya terkedu kerana pertama kali melihat batu dari syurga itu di satu sudut Ka'abah yang asalnya dikatakan berwarna putih sebelum menyedut dosa berbillion umat Islam zaman-berzaman. Kalau tak salah ingatan, saya berjaya mengucupnya setelah tamat 7 kali tawaf...

Ketika itu kehadiran orang begitu sesak. Memang pun begitu kebiasaannya di Masjidil Haram. Itupun nasib baik saya pergi tengah tahun, bukan pada mana-mana bulan yang dikira paling afdhal dalam Islam. Kalau masuk bulan Ramadhan atau musim Haji tentu jauh lebih teruk. Ini boleh dilihat pada gambar di atas yang diambil dari Internet tadi. Ketika saya berada di Mekah, bahagian paling atas Masjidil Haram tidak dibuka bermakna tidak le sesesak seperti dalam gambar. Tetapi tetap le juga sesak. Di sekitar Kaabah, kepadatan orang ketika itu boleh diibaratkan seperti lebih 100 orang diletakkan ke dalam ruang sebesar living room rumah teres biasa.

Hmm. Bila difikirkan balik, saya sebenarnya pun tak pasti bila pertama kali mencium Hajaratul Aswad, apakah betul-betul selepas 7 kali tawaf pada umrah pertama atau kemudian. Saya teringat ibu saudara saya berpesan tak penting sangat nak bersusah-payah berebut-rebut dalam kesesakan orang ramai untuk mencium batu dari syurga itu. Yang lebih penting adalah menunaikan perkara wajib dalam umrah dan mengucup Hajaratul Aswad bukanlah perkara wajib apalagi kalau sampai perlu berasak-asak yang boleh mengurangkan malah menghilangkan pahala ibadat jika tidak mendatangkan dosa.

OK. Yang saya pasti ingat adalah apa yang berlaku sebaik sahaja selesai 7 kali tawaf. Dalam artikel Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan... saya ada menyebut:

Sejak penghujung 2002 tahun begitu, apabila hubungan saya dengan isteri lama semakin bercelaru, saya menjalinkan hubungan kembali dengan Nur yang sudah dikenali sejak tahun 1995. Rasanya cerita tentang Nur sudah banyak sangat diberikan di blogspot ini. Cukup untuk menerangkan bagaimana rapatnya hubungan kami dahulu lebih-lebih lagi kerana Nur yang membiayai perjalanan umrah 2005 ini. Tetapi Nur sudah berkahwin dengan politikus muda sedangkan hati saya ketika itu amat susah melupakannya. Dia juga masih menyatakan harapan untuk bersama dengan saya. Bagaimana ini?

Pada masa yang sama, timbul kembali rasa sayang terhadap bekas isteri. Sekitar 2 - 3 bulan sebelum ke Tanah Arab, saya ada beberapa kali berjumpa anak yang berada di bawah jagaannya. Saya rasa semakin mesra bermain-main dengannya dan tidak seperti sebelum itu di mana saya sering terasa marah dengan bekas isteri, sejak itu saya sering memikirkan bahawa saya juga banyak salah dan silap lalu mula terasa lembut hati pada isteri.

Cuma rasa lembut itu tidaklah muktamad menjadi betul-betul sayang kepadanya. Saya tahu saya dengan bekas isteri sangat berlainan minat dan cara fikiran dan itu yang membuatkan kami sering berselisih haluan. Namun semenjak dua menjak itu timbul rasa bahawa saya sanggup mencuba sekali lagi belajar atas kesilapan masa lalu demi kasih sayang kepada seorang anak hasil perkahwinan kami dahulu.

Ah. Dengan Nur saya pasti akan keserasian kami tetapi ada masalah lain pula. Walaupun sejak mula 'tersangkut', dia pernah beberapa kali mencari jalan keluar sehingga sudah turun naik mahkamah syariah, tetapi si politikus muda lebih pandai memanipulasikan keadaan. Akhirnya saya cuma berdoa begini: "Ya Allah! Tunjukkan aku bagaimana aku harus berdoa tentang masalah Nur dan bekas isteri serta anak ini". Begitulah doa saya tentang masalah jodoh sepanjang berada di Madinah.

Jadi sepanjang-panjang itu begitulah keadaan saya. Tetapi sebaik sahaja selesai 7 kali tawaf mengelilingi Ka'abah, timbul rasa untuk pergi ke garisan yang menghadap ke Hajaratul Aswad. Saya memilih satu tempat kira-kira seratus meter dari batu itu, tempat yang tidak mengganggu laluan orang ramai bertawaf lalu terus bersolat sunat syukur. Pada sujud akhir solat terus timbul gerak hati untuk berdoa. Hmm... rasanya biar dirahsiakan isi penuh doa itu kecuali bahagian yang belakang sahaja ya...

Saya ada menyebut tentang Nur, juga bekas isteri dan anak. Tak disangka pula, secara spontan dalam berdoa itu terkeluar kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini: "Moga-moga aku mendapat jodoh dengan satu orang baru yang belum pernah dikenali", dalam keadaan menghadap Ka'abah dari sudut yang betul-betul bertentangan dengan Hajaratul Aswad.

Kemudian baru umrah disambung dengan sa'i antara Safa dan Marwah. Tamat ulang alik antara dua bukit kecil yang kini terletak di dalam bangunan besar Masjidil Haram, saya mencukur sendiri rambut, cukup sekadar menggunakan gunting kecil sendiri yang ada dibawa dalam beg talipinggang khas (yang tidak melanggar satu lagi pantang larang dalam ihram iaitu tidak boleh memakai apa-apa pakaian berjahit). Ambillah dalam secekak malah secubit rambut pun cukup. Kemudian doa tertentu pun dibacakan mengikut isi buku yang turut dibawa, buku yang juga menerangkan doa-doa serta zikir tertentu yang patut dibaca pada setiap kali tawaf juga perjalanan antara Safa dan Marwah.

Setelah itu tamatlah umrah pertama kali dalam seumur hidup saya. Bila dah keluar dari ihram ni baru le layan keruk mana-mana bahagian badan yang gatal. Sekian... :]