Ahad, September 09, 2007

Berjalan-jalan ke Jugra, sebuah tempat bersejarah....

Alhamdulillah, tadi saya baru menyiapkan 3 artikel tentang perjalan hitchiking di Eropah yang dibuat tahun 1995 untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kalau nak baca, boleh juga klik di sini...

Trip to Europe 1995... Locked-up in Lyon!
Trip to Europe 1995... Gangsters of Genoa...
Trip to Europe 1995... Alpine frolicking in Switzerland...

Maka sampailah masa untuk menambah posting di sini... Satu cerita ringkas berdasarkan perjalanan yang dibuat ke Jugra di Selangor semalam... Sila...
Oh... Kali pertama saya sampai ke Jugra adalah sekitar 6 tahun lalu bersama bekas isteri... Kali kedua pula ketika mengembara seorang diri. Kali ini saya bersama seorang teman wanita yang sangat disayangi untuk menelusuri sikit sejarah raja-raja dahulukala... OK... Barulah kita pergi ke gambar-gambarnya...


Kami pergi ke Kelang dahulu kerana ada hal tertentu. Di sanalah saya mendapat gerak kita harus ke Jugra untuk menziarahi kawasan pemakaman keluarga Sultan Abdul Samad, Sultan keempat Selangor yang namanya diabadikan pada bangunan utama di hadapan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dalam perjalanan itu kami lalu di Masjid Sungai Manggis. Teman wanita ini mengajak saya singgah kerana katanya ada makam raja-raja di sana...


Kami tidak pasti makam raja manakah berada di sini... Yang pasti memang terdapat makam beberapa orang kerabat diraja Selangor berdasarkan gelaran pada nama yang tertera di batu nesan juga kain kuning yang diikatkan. Dalam banyak-banyak makam, terserlah makam di atas dengan binaan batu yang tersendiri. Cuma busut besar telah menutup sebahagian permukaan sehingga hilang langsung kesan batu nesan...


Selepas Sungai Manggis kami sampai ke Banting... Kemudian baru ke pekan kecil Jugra seperti tertera dalam gambar di atas...


Ini pula binaan menandakan jalan masuk ke kawasan permakaman keluarga Sultan Abdul Samad...


Pintu gerbang masuk kawasan pemakaman... Untuk makluman, Sultan Abdul Samad memerintah Selangor 1857-1898...

Hmm... Biar saya copy n paste daripada Wikipaedia...

Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Lahir di Bukit Melawati , tidak duduk di Bukit Melawati, sebaliknya pindah ke Jugra.
Sultan Abdul Samad bin al-Marhum Raja Abdullah 1857/1898, dilahirkan pada tahun 1811, telah berkahwin dengan, Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammed Shah . Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga 1898, Baginda mangkat pada 6 Februari 1898.
Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor . Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong yang tidak setuju dengan hal tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa .


Bangunan utama makam Sultan Abdul Samad...


Inilah makam Sultan Abdul Samad. Adapun baginda dianggap sesetengah orang sebagai seorang Sultan berdaulat yang bertaraf wali... Maka ramai juga orang pergi menziarahi untuk mendapatkan berkat... Saya pula pergi ke sana atas nama menziarahi makam seorang raja dengan harapan semakin banyak cerita lama orang Melayu terbuka untuk tatapan ramai, juga tatapan peribadi...

Ketika kami sampai, kelihatan empat orang pengunjung berserta seorang pakcik yang kelihatan seperti seorang bomoh membaca beberapa ayat-ayat suci Al-Quran di hadapan makam kemudian berzikir. Pakcik yang mengetuai upacara ini kemudian memotong beberapa biji buah limau nipis lalu dikutip oleh empat orang tadi...


Selesai itu, kami menghala ke Masjid Aleaddin untuk menunaikan solat. Sedikit cerita tentang masjid ini baru disiapkan tadi di blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid Alaeddin di Jugra (The Alaeddin mosque in Jugra) ...


Kemudian kami berhenti sebentar untuk melihat Istana Bandar di sebelah... Sekian! :]

5 ulasan:

  1. Asssalamu'alaikum.

    Laa, saya pun ke Jugra juga minggu lepas. Jalan-jalan je. Pengaruh abang MS juga ni. Hehehe...

    Banyak betul pusara kat kompleks makam tu ye. Tapi kenapa kat situ? Istana Sultan Abdul Samad pernah ada kat situ ke?

    Lagi satu, saya perasan rumah-rumah Melayu di situ bentuknya lebih mirip bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu Melaka (kecil) berbanding rumah Melayu Selangor (limas yang lebih besar). Abang MS ada apa-apa boleh share?

    BalasPadam
  2. Wassalam... Hmm... Bab Melaka ni saya pun masih tengah fikirkan. Hari tu bila bukak Wikipaedia baru saya tahu Sultan Abdul Samad yang mula-mula pindah daripada Bukit Melawati ke Jugra... Sultan Selangor sebelum tu semua station kat Kuala Selangor... Pas tu, zaman Sultan Abdul Samad le baru Lukud diserah oleh Selangor kepada Negara Sembilan... Musti ada sebab... Kat Lukud ada makam Raja Jumaat kerabat Raja Bugis...
    Hmm... Baru teringat, dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ada sebut satu masa dahulu daripada Bandar Melaka sampai ke Jugra rumah orang tak putus... Kalau jalan malam tak payah bawak api sebab mesti lalu rumah orang punya, boleh nampak jalan... Sampai le Melaka kena serang dengan Haru, maka banyak rumah dimusnahkan... Pendekkata Jugra boleh dikira masih dalam lingkungan kota Melaka lama!
    Dalam Hikayat Hang Tuah pula, Bukit Jugra adalah port terakhir Hang Tuah... Lepas Sultan Melaka turun takhta dan menyerahkan pemerintahan kepada anaknya Puteri Gunung Ledang.. Pas tu Hang Tuah pun bertapa le atas Bukit Jugra dengan seorang sheik... Habis perkara... Begitu le... :]

    BalasPadam
  3. Hmm... rumah2 dari Melaka sampai Jugra ye. Hebat betul.

    BalasPadam
  4. Kubur yang ada di Masjid Sg Manggis (yang berbumbung) merupakan Imam Tua (putera yang raja). Seorang putera raja yang wara dan beliau memutuskan diri beliau dari urusan dunia walaupun sepatutnya beliau menjadi sultan.

    BalasPadam
  5. Terimakasih. Mungkin saudara anonymous boleh bercerita lebih lanjut tentang Imam Tua ini, siapakah beliau, bapanya Sultan yang mana?

    BalasPadam